|
|
| Thursday, 2-Jul-2009 00:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nyanyian kumbang
|
|
Agak sibuk sejak akhir akhir ini ..... buat perancangan cadangan untuk Rancangan Malaysia ke 10 bagi ladang ladang JPV. Kurang lah masa nak pegang kamera. Nasib baik ada penghuni yang ini berhampiran.
" Jadilah aku pengingat yang setia
setelah aku tahu
aku hanya serangga
di taman belantara
..... di taman belantara"
- teringat lagu kegemaran aku dulu yang masih aku dengar sampai ke hari ini
Sudi sudikan ke Flickr saya di http://www.flickr.com/photos/zulbaning
|
|
|
|
|
|
| Monday, 22-Jun-2009 00:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Burung Sambar Kuning
|
|
Ini adalah Burung Sambar Kuning atau Green-Backed Flycatcher ( Ficedula elisae ) yang saya rakam di antara dahan dahan pokok akasia di Tersat. Seorang rakan sememangnya banyak membantu dalam perkara ini .... faktor nasib juga memainkan peranan.
Burung ini terdapat di Thailand dan Semenanjung terutama di kawasan berhutan dan kadang kadang dikawasan pertanian. Ia selalu kelihatan bergerak pantas antara daun daun pokok menyebabkan ia jarang dapat dilihat dengan jelas. Ia makan serangga yang berterbangan dan juga yang boleh ditangkapnya dari lantai hutan. Selalunya bersarang di antara daun daun pokok yang tersembunyi dari mata pemangsa atau manusia.
Dari sudut fotografi, untuk merakam burung ini perlukan kesabaran dan daya pemerhatian yang tinggi terhadap tabiatnya. Ia mempunyai tabiat memburu makanan di kawasan yang sama. Selalunya ia akan menggunakan ranting atau dahan yang sama dikawasan tertentu sebagai tempat ia memburu. Selepas serangga ditangkap ia biasanya akan kembali ke dahan atau ranting yang sama untuk menelan serangga itu. Pada ketika inilah ia paling mudah di rakam.
Sila silakan ke Flickr saya di http://www.flickr.com/photos/zulbaning
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Jun-2009 00:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menghendap Enggang di PTH Tersat
|
|
PTH Tersat sememangnya tempat favourite aku untuk shot gambor unggas. Kumpulan enggang ini pun dah lama aku sasarkan tetapi kurang berjaya sebab aku dah jarang datang ke sana. Walaubagaimanapun dengan bantuan seorang rakan maka akhirnya pada trip yang lalu aku berjaya merakam gambor yang ini. Shot ini aku tembak dari celah celah daun daun pokok yang jadi tempat berlindung.
Ini adalah Enggang Kelingking atau Oriental Pied Hornbill ( Anthracoceros albirostris ) yang boleh ditemui dari India ke Sumatera, Jawa dan Borneo. Ia adalah penduduk tetap hutan hujan kita dan dikategorikan sebagai 'Totally Protected' di Semenanjung dan juga Sabah/Sarawak. Selalunya boleh dijumpai dalam kumpulan terutama semasa musim buah di hutan. Ia akan membuat bunyi bising yang boleh dicam oleh orang yang biasa mendengarnya.
Kumpulan Enggang ini juga selalu ditemui di penghujung hutan berdekatan kampung kampung terutama yang ada dusun dan pokok buah. Ia sangat sukakan kawasan penghujung hutan yang juga mempunyai aliran sungai.
Bagi mereka yang selalu bercuti di pulau pulau disekitar Semenanjung dan Borneo, pastinya pernah jumpa Enggang yang ini. Disesetengah pulau percutian seperti Pulau Pangkor, kebanyakan enggang ini sudah menjadi hampir jinak kerana selalu berhubung dengan manusia. Ia akan menghampiri anda bila dihulurkan makanan seperti buah ..... berita baik untuk jurugambar unggas seperti saya, tetapi mengambil gambar secara begitu telah hilang 'thrill' dan kepuasannya.
Sila silakan ke flickr saya di http://www.flickr.com/photos/zulbaning
|
|
|
|
|
|
| Friday, 12-Jun-2009 23:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bahaya dalam bunga
|
|
Antara penghuni di halaman belakang adalah spesis yang ini dari Famili Thomisidae yang dikenali juga dengan nama Crab Spider ..... kerana bentuknya yang macam ketam.
Labah labah ini mempunyai keupayaan bersembunyi yang unik kerana warnanya selalunya akan sama dengan persekitarannya seperti warna bunga yang dijadikan tempat pemburuannya. Ia tidak membuat sarang tetapi akan duduk menunggu mangsanya datang menghampiri seperti lebah malang yang kecil ini. Ada jenis yang duduk menunggu di dalam bunga, ada jenis yang merayap di tanah dan ada juga yang duduk berjuntai di batang atau stem bunga. Warnanya memang cantik bergantung kapada warna bunga yang dijadikan ruang menunggu mangsanya.
Apabila seekor mangsa ditangkap, labah labah ini akan menyuntik sejenis racun kedalam badan mangsa yang akan melumpuhkan sistem saraf serta peredaran darah mangsa. Ia kemudian akan menyedut bendalir badan mangsa hingga kering melalui luka yang dibuat dengan mandibelnya. Yang selalu menjadi mangsanya adalah lebah kecil, hover fly dan juga rama rama kecil.
Jadi jika anda seekor rama rama kecil ..... berhati hatilah bila menghayati kecantikan bunga yang mekar di taman!
Labah labah ini ada banyak musuh seperti burung, reptilia, amfibia dan juga invertebrate seperti lipan juga penyengat. Tetapi mortaliti yang tinggi selalunya adalah disebabkan labah labah dari jenis yang sama..... terutamanya bila selepas mengawan. Labah labah yang betina selalunya akan makan labah labah jantan yang terlewat melarikan diri selepas malakukan kopulasi persenyawaan.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Jun-2009 00:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rama rama Una
|
|
Rama rama ini aku shot di laman belakang. Memang agak lama aku tak shot makro, maka untuk mengelakkan lens makro aku merajuk maka aku pun mencari subjek yang ada.
Ini adalah Rama rama kelabu kecil ( Una usta ) yang terdapat banyak di kawasan terbuka dan belukar di sekeliling kita yang mempunyai ruangan bumi hijau. Mungkin tak tepat namanya tetapi yang pasti ia dari Famili Lycaenidae. Ahli Famili ini mempunyai ciri ciri kepak metalik, terbang dengan pantas dan sangat sukakan cahaya matahari.
Warna kepak dalamnya kelihatan biru metalik yang menjadi jelas bila ia duduk menghisap bunga sambil mengembang kepaknya. Metalik biru itu bukan disebabkan pigmen tetapi kerana cahaya yang kena pada kepak dibalikkan dengan jarak gelombang yang berbeza akibat kesan di panggil 'interference'. Kesan ini berlaku kerana ada ruang ultra-mikroskopik pada ruang dalam sayapnya itu.
Ada banyak jenis Lycaenidae..... ada yang bertompok di sayap seperti Cycad blue. Ada yang mempunyai jaluran seperti Long Silverline atau berekor seperti Common Posy.
Ulat rama rama ini juga unik kerana sesetengahnya mempunyai hubungan simbiotik dengan umat semut. Ia boleh mengeluarkan sejenis manisan dari abdomennya yang sangat disukai semut. Maka semut selalunya akan mempertahankan ulat rama rama ini, malah ada yang akan membawa ulat ini kedalam sarang sebagai 'tetamu'.
Sila silakan ke Flickr saya di http://www.flickr.com/photos/zulbaning
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Jun-2009 00:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Timorensis di Lenggong
|
|
Di sini adalah PTH Lenggong yang terletak di Sumpitan, berhampiran Lenggong di Hulu Perak. Ini adalah ladang milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang mengeluarkan ternakan rusa Timor untuk penternak penternak di seluruh negara kita.
Rusa Timorensis berasal dari hutan-hutan di kepulauan Asia Tenggara dan juga dari New Caledonia serta Maldives. Sekarang rusa ini juga di eksport oleh Australia. Ia boleh ditemui di kawasan hutan yang mempunyai kawasan ragutan kerana makanan utamanya adalah rumput dan dedaun hutan. Di hutan, rusa liar keluar makan pada waktu malam, tetapi di ladang ini, tabiat liarnya telah berubah kerana hidup dalam padang ragut yang di bina manusia.
Rusa ini mula membiak pada umur 18 - 24 bulan bagi jantan pada berat 60 - 80 kg. Manakala yang betina pula pada umur 16 - 20 bulan pada berat 45 - 60 kg. Jangkahayat seekor rusa pada sekitar 15 tahun.
Rusa di ladang masih mengamalkan pembiakan bermusim iaitu mula mengawan pada bulan March hingga April. Rusa betina akan bunting selama 260 hari. Kelahiran akan berlaku antara bulan Oktober hingga Disember.
Sila silakan ke flickr saya di http://www.flickr.com/photos/zulbaning
|
|
|
|
|
|
| Friday, 29-May-2009 08:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Malay Lacewing
|
|
Dah lama aku tak shot makro serangga. Maka untuk melepaskan gian, ni lah antara hasilnya.
Ini adalah Malay Lacewing ( Cethosis hypsea ) yang banyak terdapat di pokok pokok berbunga di kawasan berhampiran hutan dan kampung kampung di negara kita. Ia boleh dilihat berterbangan dari satu bunga ke satu bunga dengan kelajuan sederhana, tetapi jarang jarang duduk lama di satu satu bunga. Oleh itu, untuk shot gambarnya anda perlu mobile dan pantas dengan penggunaan peralatan kamera.
Ia adalah antara rama rama kegemaran saya kerana warnanya yang cantik. Tetapi sudah agak jarang dapat melihat rama rama liar yang ini sekarang, kecuali di Taman Rama-rama
Sudi sudikan ke flickr saya di http://www.flickr.com/photos/zulbaning
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 26-May-2009 01:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Burung Raja Udang
|
|
Ini adalah burung Raja Udang atau White-throated Kingfisher ( Halcyon smyrnensis ). Merupakan burung dari keluarga pekaka yang paling banyak didapati di ladang .... tetapi baru sekarang aku dapat mengambil gambarnya. Itu pun ada seorang rakan yang tolong memandu kenderaan dan menghampiri burung ini yang sedang bertenggek di pagar secara perlahan lahan.
Burung ini adalah penduduk tetap yang terdapat dari Timur Tengah hingga ke Filipina. Terdapat di kawasan kawasan kampung, pinggir bandar, pantai, sungai, paya dan kawasan pertanian. Selalu kelihatan bertenggek di dahan dahan pokok yang terjulur memandang ke kawasan terbuka untuk menunggu mangsa yang akan disambar atau diterkamnya. Makan serangga, cicak kecil dan yang di sungai amat suka menyambar anak ikan dari air.
Sudi sudikan ke flickr saya di http://www.flickr.com/photos/zulbaning
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 21-May-2009 23:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rapang Minta Duit
|
|
Ini adalah burung Rapang Minta Duit atau Red-wattled Lapwing ( Vanellus indicus ) atau dikenali sebagai burung Kendera di sebelah Pantai Timur. Ia terdapat dikawasan pertanian terbuka, pinggir tasik, pinggir sungai dan belukar berair sehingga ketinggian 1525 m dari aras laut. Terdapat diseluruh Semenanjung Malaysia dengan dikategorikan sebagai 'dilindung'.
Burung ini terdapat banyak di ladang ladang Jabatan dan akan membuat bising bila ada yang menghampiri kawasan ia bertelur. Telurnya pula diletak tanpa sarang ditengah tengah padang ragut dengan siibu mengeramnya sepanjang masa. Ia akan menarik perhatian pemangsa kearah lain dari sarangnya dengan membuat bunyi bising .... jika itu tidak berjaya ia akan menyerang dengan terbang menjunam kearah pemangsa. Kalau pemangsa itu haiwan yang besar ia hanya akan membuat bising sahaja. Dahulu semasa lembu lembu di ladang Tersat selalu diancam harimau, burung inilah yang akan memberi amaran awal tentang kehadiran Pak Belang itu. Maka saya yang bertugas mengawal ternakan khususnya pada waktu malam itu akan melepaskan termbakan ke udara ..... untuk halau harimau je.
Sila silakan ke flickr saya di http://www.flickr.com/photos/zulbaning
|
|
|
|
|
|
| Monday, 18-May-2009 23:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lembu Nelore
|
|
Ada yang bertanya aku tentang lembu yang ni .... ini adalah lembu pedaging baka Nelore. Asalnya lembu ini adalah dari keturunan lembu Brahman yang datangnya dari India. Kemudian lembu Brahman yang terpilih telah dibawa ke Brazil yang kemudian dikembang biak menjadi baka Nelore. Ia telah beradaptasi dengan baik dengan cuaca dan persekitaran negara Amerika Selatan itu.
Pada tahun 70an, Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah membawa lembu ini masuk ke Malaysia untuk dibiakkan dalam program pembiakan lembu negara kita. Sebahagian besar darinya telah ditempatkan di PTH Ulu Lepar dan kekal di sana hingga ke hari ini.
Lembu ini berwarna putih dengan kaki yang panjang serta tubuh yang langsing .... bagi ramai oarang yang tak berapa kenal dengan rupa lembu dia akan kata " Kenapa lembu ni kurus?". Sebenarnya memang rupa dia macam tu ..... dalam keturunan lembu, baka yang ni adalah supermodel lembu .... tinggi dan langsing.
Kerana ketinggiannya lah lembu ini sangat sesuai untuk projek pembiakan lembu dalam ladang kelapa sawit. Kaki yang tinggi meminimakan kecederaan bila berjalan dalam ladang sawit yang ada macam macam diatas tanahnya.
Berat jantan dewasa boleh mencapai 650kg dan yang betina boleh mencapai hingga 450 kg. Lembu Nelore yang berada di Ulu Lepar telah berada di sini selama beberapa generasi, maka ianya telah menyesuaikan diri dengan cuaca dan persekitaran Negara kita. Ia sangat tahan terhadap banyak penyakit lembu tempatan dan sesuai dengan makanan ternakan tempatan.
Sila silakan ke flickr saya di http://www.flickr.com/photos/zulbaning
|
|
|
|