zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 5-May-2010 07:53 Email | Share | | Bookmark
dILEMMA



Memang sukar nak update FP sekarang. Banyak tanggungjawab yang perlu dibereskan dulu. Patutkah aku teruskan FP atau patutkah aku berhenti di sini?


Wednesday, 31-Mar-2010 01:18 Email | Share | | Bookmark
Sambaran helang merah

 
 
 
Ketagih lak nak shoot burung bila balik dari Taiwan ni ..... maka lepas ketagih kat tempat feveret aku.
Tak sempat nak cerita panjang ............. sibuk je sejak akhir akhir ni. Ada banyak gambor dari Taiwan .... belum upload lagi dari memori kad kamera.

Sekilas helang di udara, sepantas Canon ku meledak ..... jadi imej untuk tatapan bersama.
Untuk imej lebih berkualiti .... http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Wednesday, 10-Mar-2010 00:27 Email | Share | | Bookmark
Chak Padang di Pantai Timur

 
 
 
View all 4 photos...
Ada banyak jenis burung keluarga Pipit di negara kita. Yang ini adalah Chak Padang atau Richards Pipit ( Anthus richardi ).

Ia adalah antara burung yang paling biasa kelihatan di padang ragut PTH Pantai Timur. Selalu menyambut aku dengan bunyi pendeknya di pagi hari bila aku keluar meronda ladang. Ia akan betenggek di atas pagar pedok dan segera terbang bersembunyi di dalam rumput berhampiran bila aku semangkin dekat.
Burung ini terdapat di kawasan terbuka seperti padang dan kawasan pertanian. Makanan utamanya adalah serangga yang banyak terdapat di kawasan tersebut. Ia juga bersarang di kawasan semak dengan membina sarang kecil berbentuk dome.
Next entry: juga burung dari PTH Pantai Timur

Untuk imej lebih berkualiti, sila ke flickr aku di http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Monday, 8-Mar-2010 00:36 Email | Share | | Bookmark
Pagi di PTH Pantai Timur

Pagi itu .......
Tatkala ayam hutan masih basah berembun
Tatkala laluan masih samar samar
View all 12 photos...
Tempatnya: Pusat Ternakan Haiwan Pantai Timur, di Tanah Merah , Kelantan. Kalau orang Kelantan lebih mengenalinya sebagai 'pejabak hewan batu 11' di cabang 3 Kemahang.

Aku pernah bertugas di sini selama 5 tahun sebagai pengurus ladang sebelum aku ditukarkan ke Ibupejabat JPV di Putrajaya. Di sinilah tempat aku mula belajar banyak perkara tentang kerja dan kehidupan. Cara menguruskan organisasi yang pelbagai kerenah ..... mentadbir ladang yang punya pelbagai cabaran untuk pegawai baru seperti aku. Dalam 30 orang kakitangan di ladang, akulah satu satunya yang bukan orang Kelantan ..... yang paling muda, dan menjadi ketua.

Semasa aku bertugas di sini, aku belum ada kamera digital ... hanya kamera filem. Begitu banyak subjek di sekeliling setiap hari. Tetapi pada masa itu hobi fotografi adalah sangat mahal. Maka aku taklah se 'produktif' sekarang. Namun ada beratus imej dalam bentuk filem yang aku abadikan dalam album .... negatifnya masih aku simpan dengan baik dalam kotak ..... cuma lama dah tak buka.

Bila aku ditukarkan dari sini ke Putrajaya ..... memanglah sedih, tetapi terasa bagai ada satu beban yang ditarik pergi dari atas bahu aku .... terasa semacam satu kelegaaan sebab dah tak memikul tanggungjawab besar sebagai pengurus PTH. Tugas di Putrajaya lebih mencabar dan lebih besar ..... tetapi tugas sebagai pengurus lebih menyeronokkan dan lebih sihat untuk badan. Kepada semua pengurus pengurus ladang PTH sekarang ..... enjoy kerja korang selagi buleh. "Tempat jatuh lagi dikenang"!
Next entry : Unggas dari ladang

Untuk imej lebih berkualiti sila ke flickr aku
http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Thursday, 4-Mar-2010 00:32 Email | Share | | Bookmark
Kembara musim panas

Daun daun berguguran,
kebun getah kekuningan
Mujur air sungai masih mengalir, walau lesu perlahan.
View all 12 photos...

Sudah beberapa minggu kita dilanda haba panas dari Pasifik. Nak duduk di rumah pun rasa berpeluh peluh. Maka lensa dan kamera jadi peneman ke dalam belukar mencari subjek.

Biar gambar menceritakan segalanya. .... baca captionnya.

Apa aku nak update next? Cerita dari ladang kot ..........


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net