zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Monday, 1-Mar-2010 00:58 Email | Share | | Bookmark
Burung Bayan ..... dan buah petai

 
 
 
View all 4 photos...
Hari tu dapat peluang mengintai burung Bayan makan buah petai. Buah betik di rumah dah habis .... pokoknya pun dah mati di makan anai anai. Maka beralih ke hutan mencari subjek lain.

Ini adalah burung Bayan atau Blue-rumped parrot ( Psittinus cyanurus ) yang sedang enak menjamu selera makan buah petai .... bukan kita je yang suka makan buah ni. Ini adalah antara spesis burung bayan yang terdapat di negara kita selain serindit, kakaktua dan bayan ekor panjang. Spesis burung bayan bukanlah spesis burung yang mendominasi angkasa negara kita. Ia jarang jarang kelihatan melainkan di pinggir hutan yang mana ada kalanya burung jenis ini terbang ke dalam dusun mencari makanan.
Burung bayan spesis yang ini terdapat di Selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan mungkin tidak lagi di Singapura. Ia biasanya terbang dalam kawanan kecil mencari makanan sambil membuat bunyi nyaring dan bising. Bila hampir malam ia akan hinggap bersama kumpulan yang besar di pokok tinggi yang dirasakan selamat. Burung ini biasanya bersarang di lubang pokok atau dalam batang kayu mati yang berlubang .... kadang kadang dalam lubang burung belatuk, sebab ia tak berupaya untuk membuat lubang sendiri.
Ia memakan buah, pucuk dan bunga ... biasanya yang tinggi diatas pokok. Selalunya menjadi pelawat tetap dusun buah buahan bila tiba musim buah. Di sesetengah tempat ia dianggap musuh kepada peneroka ladang sawit kerana buah sawit pun kerap dirosakkannya.
Dari sudut fotografi .... anda perlu tahu tabiat burung ini dan pokok mana yang suka disinggahinya. Lazimnya subjek ini berada jauh di atas pokok. Halakan lens anda ke buah yang paling masak .... ditambah dengan nasib, mungkin burung ini akan singgah pada buah itu. Jika burung ini sudah biasa melihat manusia berdekatan dengan pokok itu yang langsung tidak mengganggunya, maka biasanya ia tidak akan memperdulikan anda dan meneruskan aktiviti makan seperti biasa. Cuma jangan bising dan jangan buat sebarang pergerakan yang tiba tiba.

Next entry - ' Kembara kampung musim panas'


Thursday, 25-Feb-2010 00:47 Email | Share | | Bookmark
Burung Perling .... dan buah betik

 
 
 
View all 4 photos...
Masih dengan umpan dan pokok yang sama. Projek fotografi aku kali ini membuktikan bahawa umpan buah betik ranum adalah antara yang terbaik untuk menarik perhatian burung-burung di kawasan setempat.

Yang ini adalah burung Perling atau Philippine Glossy Starling ( Aplonis panayensis ). Dahulu masa aku kecil memang sukar melihat burung ini di kawasan bandar Kuala Lumpur ( aku anak jati KL ), tapi sekarang burung ini antara unggas yang biasa kelihatan walaupun ditengah tengah bandar. Ia biasanya terbang berkumpulan dan akan membuat bunyi yang bising. Burung dewasa berwarna hitam berkilat bermata merah, manakala juvenil ada bulu putih berbintik hitam.
Burung ini terdapat dari India hingga ke Filipina (yang mungkin asal namanya) dan Sulawesi. Selalunya ia akan berkumpul beramai ramai di tempat yang sama setiap petang. Sarangnya boleh berada di mana mana tempat tinggi seperti celahan atap dan pokok yang mempunyai lubang di dalam batangnya. Ia sangat suka makan buah buahan yang lembut dan ranum ..... sebab itulah ia begitu tertarik dengan buah betik ini.
Next entry .... kita gi jauh sikit ke kawasan hutan untuk lihat unggas pemakan petai lak!!!!


Tuesday, 23-Feb-2010 00:31 Email | Share | | Bookmark
Burung Gembala Kerbau ..... dan buah betik

 
 
 
Masih di pokok betik dan umpan yang sama.

Yang ini adalah burung Gembala Kerbau atau Common Myna ( Acridotheres tristis). Rasanya ramai yang kenal dengan burung ini. Seperti burung merbah, ia juga antara burung yang paling biasa ditemui di kawasan taman, bandar, perumahan, padang permainan. Juga antara burung yang berjaya beradaptasi dengan baik terhadap pembangunan alam oleh manusia.
Juga biasa ditemui secara berpasangan. Akan membuat bunyi bising menandakan kehadirannya di kawasan tertentu. Burung ini mempunyai kawasan yang akan dikawalnya dari dicerobohi oleh burung burung lain. Burung lain yang memasuki kawasannya akan dihalau segera.
Burung ini biasanya makan di atas tanah yang mana ia memburu serangga yang merupakan diet utamanya. Walaubagaimanapun ia juga akan makan makanan lain seperti buah betik yang ranum ini. Di ladang, burung ini selalu dilihat mengiringi kawanan lembu dengan duduk bertenggek di atas badan lembu. Mungkin menanti serangga yang banyak terdapat disekeliling ternakan tersebut.
Apa yang menarik tentang burung ini adalah ia boleh bersarang di mana mana sahaja yang dapat ia timbunkan bahan membuat sarangnya ..... atas pokok (biasanya), celah rekahan bangunan, atas unit air-cond ataupun dalam kotak fuse elektrik. Ia memang peng'adaptasi' yang hebat.
Umpan buah betik belakang rumah ini sungguh mujarab. Ada sejenis lagi burung yang datang menziarahinya .... next entry!


Friday, 19-Feb-2010 05:49 Email | Share | | Bookmark
Burung Merbah ..... dan buah betik

 
 
 


Bila aku balik dari Down Under banyak perubahan berlaku di tempat aku bertugas. Aku dapat boss baru dan ada antara anak buah aku yang ditukar .... dapat gak 3 orang anak buah baru. Begitulah kerja dengan kerajaan ... bila bila masa boleh bertukar.

Burung dalam gambar diatas adalah burung merbah .... sejenis burung yang sangat biasa kelihatan di sekitar kawasan rumah kita. Yellow-vented Bulbul (Pycnonotus goiavier) ini adalah yang paling biasa dikalangan burung keluarga bulbul atau merbah. Terdapat di kawasan taman, belukar, kebun malah di mana mana kawasan hijau di ibukota. Ia adalah contoh burung yang dapat beradaptasi baik selaras dengan pembangunan dan pencemaran manusia. Terdapat dari Selatan Burma hingga ke Filipina dan Pulau Jawa.
Burung ini biasanya kelihatan sepasang. Ia akan ditemui di tempat yang sama setiap hari mencari makanan seperti buah buahan, ulat dan kadang kadang makanan yang ditabur manusia. Pokok seperti ceri dan betik adalah sasaran kegemarannya. Burung yang ini sedang menjamu selera dengan betik yang aku tanam dibelakang rumah. Memang sengaja aku tinggalkan sebiji betik ranum untuk dijadikan umpan.

Lama dah aku tak update ..... rasa agak penat kebelakangan ini. Ada banyak gambar lagi ....... tapi lain kalilah aku upload.


Friday, 15-Jan-2010 00:22 Email | Share | | Bookmark
Fauna pendalaman Down Under - Catatan perjalanan IV

Pagar ladang
Langit tanpa awan
Tekukur Down Under
View all 21 photos...

Australia mempunyai banyak hidupan liar yang unik ..... kesan dari pengasingannya yang lama daripada benua Asia. Banyak haiwan di sini sememangnya tidak terdapat di tempat lain. Habitatnya juga unik dan tersendiri dengan mukabumi dan iklim pelbagai dari utara ke selatan benua.


Hutan eucalyptus adalah antara bentuk muka bumi yang dominan di pendalaman. Hidupan yang aku rasakan paling unik di sini adalah si Koala yang hanya menghuni dahan dahan pokok eucalyptus. Ia hanya makan daun pokok tersebut dan tidur 19 jam sehari.
Ada lebih 700 spp eucalyptus di Australia, bergantung kepada ketinggian dan keadaan muka bumi ia tumbuh.


Di sini banyak burung burung keluarga kakaktua yang pelbagai dan berwarna warni. Biasanya burung burung ini bergerak dalam kumpulan yang besar dengan bunyi yang bising. Tumpuan lazimnya di kawasan billabong (tempat berair, paya), tasik-tasik dan kawasan pertanian yang banyak makanan. Kumpulan burung burung inilah yang menyebabkan kamera aku tak berhenti menembak.


Apabila manusia tiba di Australia, banyak kawasan dibangunkan dan muka bumi di ubah untuk tujuan pertanian dan penternakan terutamanya. Ada habitat haiwan yang musnah atau dikecilkan, ada habitat baru terbentuk.Ada haiwan yang tak dapat beradaptasi dengan perubahan mula diancam kepupusan, haiwan yang berjaya beradaptasi pula ada yang semakin meningkat jumlahnya.


Ada juga spesis yang dibawa masuk ke Australia yang kemudiannya membiak dan bersaing dengan haiwan tempatan. Ada yang dapat bertoleransi dengan ekologi tempatan, tak kurang juga yang mengancam ekologi. Contohnya seperti merak ini .... unta, kambing feral, katak tebu.


Masa untuk pulang ..................


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net