zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 29-Dec-2009 00:15 Email | Share | | Bookmark
Fauna kota Down Under - Catatan perjalanan 3

Perth
Bandar tepi laut
Lorikeet di taman
View all 25 photos...

Dari apa yang aku perhatikan, semua kota kota besar di Australia terletak berhampiran laut. Tentunya ada set yang lengkap dengan pelabuhan, lapangan terbang ..... sistem jalanraya yang jaringannya keseluruh negara pulau itu. Setiap bandar besar, bandar kecil mahupun pekan kecil pastinya ada kawasan hijau bertaman yang menjadi pusat riadah, berehat untuk warganya ..... juga menjadi santuari bagi banyak haiwan liar kota terutama burung burung.


Haiwan di Australia juga ada yang diancam kepupusan, tetapi banyak juga yang berjaya beradaptasi dengan kehidupan manusia lalu berkembang biak walaupun di bandar bandar besar. Mungkin juga kerana negaranya yang besar dengan penduduk yang sedikit maka ada banyak ruang untuk hidupan liar wujud bersama. Yang pasti, orang orang di sini begitu menghargai warisan alam mereka.


Kumpulan haiwan yang paling berjaya dalam perbandingan kewujudan bersama habitat manusia di bandar adalah kumpulan burung burung. Burung seperti butcherbirds, magpie dan gagak ada di mana mana dalam bandar bandar besar. Kumpulan koloni kakaktua, ibis dan camar pula menghuni taman taman di bandar.


'Burung-burung' yang ni pun banyak ....................

Nexy update: Fauna di pendalaman - Catatan perjalanan 4


Tuesday, 22-Dec-2009 00:32 Email | Share | | Bookmark
Mencari Damara di Down Under - Nota perjalanan 2

Berehat
Tompok garam
Dalmatian di perjalanan
View all 12 photos...

Apa yang menyukarkan dalam perjalanan ini adalah isu makanan .... paling payah nak jumpa makanan halal di tengah tengah negara Australia ini. Kalau di bandar besar tu ada juga restoran halal tetapi di kawasan luar bandar memang sukar sekali.


Di sini ada masalah besar saliniti air tanah. Puncanya adalah pembangunan melampau oleh manusia. Bila orang putih mula tiba di Australia dulu, mereka telah menukar negara ini menjadi negara pertanian secara besar besaran .... hasilnya kita boleh lihat hari ini apabila Australia menjadi pengeluar utama banyak hasil pertanian dunia. Tetapi harga yang dibayar terhadap alam adalah sangat mahal.
Contohnya, bila pokok pokok ditebang untuk dibuat ladang atau padang ragut, aras air dalam tanah berubah. Ini menyebabkan garam mineral yang berada jauh dalam tanah mula timbul ke permukaan. Tompok tompok putih dalam gambar itu adalah garam ..... menyebabkan tanah dikawasan itu terlalu masin dan tidak subur.


Unggas di ladang .... walaupun musim kering, burung burung masih banyak disekeliling. Cerita tentang wildlife akan aku upload selepas ini.


Damara adalah sejenis bebiri rambut berekor gemuk ..... ia satu keluarga dengan Qibasy yang popular dalam cerita Nabi Ibrahim menyembelih Nabi Ismail tu.
Bebiri ini nampaknya semakin popular di Malaysia .... ada banyak permintaan terutama bila musim korban. Ada perolehan dibuat untuk menternak Damara di ladang ladang Jabatan di Jeram Pasu, Kelantan dan Gajah Mati, Kedah. Maka tugas aku adalah membuat perolehan Damara jantan bagi digunakan di ladang ladang tersebut.
Damara mula dibawa ke Australia hampir sepuluh tahun dulu dari Afrika ..... seorang penternak membawa Damara betina dan embrio ke ladangnya di Western Australia. Di sana dia menggunakan teknologi 'embryo transfer' untuk menghasilkan populasi Damara yang berkualiti genetiknya. Populasi ini berkembang dan diternak dengan luas di Australia. Sekarang, Damara Australia ada yang dieksport kembali ke Afrika.
Damara yang aku bawa balik ini datang dari ladang penternak tersebut .... banyak idea yang aku perolehi dari beliau. Alangkah baiknya kalau dapat aku implemen kan idea itu di Malaysia tercinta kita.


Friday, 11-Dec-2009 00:11 Email | Share | | Bookmark
Mencari Stud Boer di Down Under - Nota perjalanan 1

Perjalanan.
Lembu susu di ladang, bersedia utk di eksport
Kuda ladang
View all 15 photos...

Perjalanan itu memang aku rasakan jauh melalui 3 negeri di Australia .... Victoria, Western Australia dan Queensland. Misi yang dipertanggungjawabkan kepada aku: mencari kambing Boer dan bebiri Damara jantan yang boleh dijadikan baka pembiak terbaik di ladang ladang Jabatan. Ketika ini sedang musim panas.


Ladang-ladang ternakan di Australia lazimnya terletak jauh di pendalaman, beratus kilometer dari bandar bandar utama. Hanya pekan pekan koboi kecil yang terletak berhampiran.


Ladang-ladang itu biasanya diusahakan secara keluarga seramai 2 hingga 5 orang ..... ladang seluas beratus ekar dengan ternakan hingga mencecah beratus hingga beribu ekor. Mungkin kerana iklim yang sesuai di sini dan status negara yang bebas kebanyakan penyakit ternakan maka, cara penternakan di sini boleh dibuat pada skala yang besar dengan kos yang rendah. Sangat berbeza dengan negara kita yang punya banyak penyakit tropika dan kos penternakan yang tinggi.



Di sini anjing menjadi pembantu setia di ladang ..... pengawal ladang dan ternakan. Sangat membantu bila hendak mengawal pergerakan ternakan ke kandang. Sesuatu yang agak sukar nak di buat di tempat kita.


Apa yang paling menyeronokkan aku di sini adalah diversiti hidupan liar di sekeliling. Bangun pagi sahaja dah ada Cockatoo atau kanggaru merayap. Orang di sini sangat mengambil berat tentang konservasi hidupan liar mereka sebagai warisan negara.


Kenapa stud Boer? Ada golongan boss di Jabatan yang tanya pada aku ....
Memang sebelum ini kerajaan bawa banyak masuk pejantan Boer ke Malaysia .... tetapi semuanya adalah pejantan Boer komersil. Untuk ladang ladang nukleus Jabatan, adalah perlu adanya pejantan yang benar benar berkualiti digunakan dalam sistem pembiakan agar anak yang terhasil nanti adalah berkualiti tinggi. Itulah misi utama aku .... mencari yang terbaik dalam julat peruntukan yang diberi untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Ciri-ciri stud Boer:
Ada 2 perkara yang aku pertimbangkan bila memilih stud Boer: ciri-ciri fizikal (fenotip) dan nilai genetik ternakan tersebut secara individu.
Ciri- ciri fizikal termasuklah:
- rupa kesempurnaan kepala, leher, telinga, mata, gigi, tanduk.
- keseimbangan badan dan otot, nisbah kaki kepada badan
- kekuatan kaki, cara berdiri dan pergerakan ternakan
- testikel mencapai saiz standard
- ekor, kulit dan bulu
- pigmentasi dan warna - yang ni ramai orang selalu pertikai termasuklah geng mat saleh tu
Ciri ciri genetik:
- yang ni aku akan tengok rekod pembiakan kambing tu. Siapa mak dan bapaknya. Penternak Australia biasanya ada rekod yang simple tetapi lengkap berkenaan ternakan mereka.
- selalunya aku akan minta untuk lihat bapak kambing tu sebab dari bapaknya kita boleh tahu potensi rupa masa hadapan anaknya nanti ..... kata orang kita " bapak borek, anaknya rintik".




Wednesday, 9-Dec-2009 00:18 Email | Share | | Bookmark
I am back ............... !

Timbul kembali


Memang lama aku tak buka FP ..... agak sibuk sejak akhir akhir ini. Baru balik dari Australia menyelesaikan misi mencari ternakan untuk di bawa pulang ke Malaysia .... ke Melbourne, Perth dan Brisbane ..... satu perjalanan yang memenatkan.
Gambar-gambar akan aku upload satu persatu ...... mula dengan yang ni ..... masih penat nak buat proses.


Wednesday, 21-Oct-2009 05:28 Email | Share | | Bookmark
Dua masjid

 
 
 
View all 4 photos...
Satu adalah Masjid Kristal di Kuala Terengganu, satu lagi adalah Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar. Satu dibina awal abad ini, satu di bina awal abad yang lalu.


Hari sudah lewat petang hari itu, sememangnya di sebelah pantai timur memang sukar mencari sunset yang cantik kerana mataharinya tidak tenggelam disebelah laut. Maka aku menukar cara, dengan merakam cahaya lewat petang matahari yang kuat yang jatuh terus ke Masjid Kristal.

Hari juga telah lewat petang di Kuala Kangsar hari itu. Sunset pun tidak berapa menarik. Maka aku memilih sudut jauh dari tebing sungai Kuala Kangsar untuk Masjid Ubudiah ini.

Sidi sudikan ke flickr aku di http://www.flickr.com/photos/zulbaning


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net