zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Thursday, 1-Oct-2009 01:36 Email | Share | | Bookmark
Musim Cinta Ladybug

Ada ladybug di bawah daun
Di bawah ranting
Di atas daun
View all 6 photos...

Sewaktu merayap di dalam hutan belukar mencari subjek untuk fotografi, aku perasan ada banyak ladybug atau kumbang kepik disekeliling.

Mungkin sudah musimnya untuk kumbang kumbang ini beraktiviti menambah bakal populasi ladybug di bumi ini.

Di luar negara di mana ada musim sejuk, kumbang ini akan berkumpul beramai ramai di bawah lindungan pokok atau rumah semasa musim sejuk. Apabila musim sejuk berakhir dan ais mencair ia akan kembali aktif serta mula mengawan. Tetapi di negara kita tiada musim sejuk, hanya musim hujan. Sekarang ni memang banyak pokok pokok semak yang berbunga dan banyak terdapat aphids yang menjadi makanan kegemaran kumbang ini. Mungkin kerana inilah, banyak berlakunya kisah 'cinta' di dalam semak ini sekarang. Entahlah .... mungkin orang yang lebih pakar lebih tahu .... kita tanya Layman!

Sudi sudikan juga ke flickr aku di http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Monday, 28-Sep-2009 00:07 Email | Share | | Bookmark
Unggas dalam mood raya!

 
 
Bukan aku sahaja yang masih dalam 'mood' dan 'mode' raya ..... subjek kamera aku pun begitu nampaknya.

Mungkin kerana masih dalam mood raya, aku pun tak berapa pasti akan spesis burung ini secara tepat. Yang pasti ia adalah anak burung .... mungkin baru beberapa minggu umurnya. Gambaran paling tepat dari buku rujukan aku adalah ia dari jenis burung Tirjup Tanah atau Shrike ( Lanius spp ). Ada banyak jenis burung ini di Malaysia. Ia gemar kawasan tanah lapang seperti padang ragut dan taman. Biasanya akan bertenggek pada pagar atau dahan pokok yang terjulur sebelum terbang mengejar serangga yang berterbangan.
Sudi sudikan juga ke flickr saya di http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Wednesday, 16-Sep-2009 23:24 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri

 


Salam Aidilfirti untuk semua kawan kawan.
Hati hati di perjalanan, moga selamat sampai, selamat beraya, selamat pulang.
Maaf zahir batin , andai ada kesilapan disepanjang persahabatan di alam pixel maya ini!


Monday, 14-Sep-2009 00:09 Email | Share | | Bookmark
Rembah Kening Putih

 

Ini adalah Rembah Kening Putih atau Pied Triller (Lalage nigra) yang aku rakam di PTH Tersat tempoh hari. Mungkin dianggap burung yang biasa untuk penduduk kampung atau pinggiran hutan, tetapi ia dikategorikan sebagai 'Dilindungi Sepenuhnya'.
Burung yang boleh ditemui di kawasan belukar, hutan, taman dan kampung , tetapi dalam kuantiti yang kecil sahaja. Ia sangat aktif bergerak bila mencari makan menyebabkan sangat sukar untuk didekati, apalagi untuk merakam gambarnya. Ia akan terbang dari dahan ke dahan untuk menangkap serangga yang merupakan diet utamanya.
Sarangnya selalunya terletak di hujung ranting atau dahan pokok yang kecil, jauh tinggi diatas pokok. Sarangnya kecil sahaja dan selalunya hampir tidak kelihatan.
Maka untuk merakam gambarnya , anda perlu mencari dulu di mana terletak sarangnya. Dan tunggu dengan tahap kesabaran yang tinggi berdekatan dahan yang dijangka akan dijadikan tempat burung kecil ini hinggap.
Sudi sudikan ke flickr aku di http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Monday, 31-Aug-2009 23:27 Email | Share | | Bookmark
Pagi di Tersat ..... lagi.

Pagi itu ....
Yellow Cattle masih di pedok.
Sang biawak dah keluar berenang.
View all 10 photos...
Kembali outstation setelah beres kerja kerja di pejabat .... destinasi: PTH Tersat di Kuala Berang, Terengganu. Aku tak pernah rasa bosan bila ke sini ..... tempat posting pertama aku satu ketika dulu.


Pemandangan pagi di depan rumah pengurus


Burung Sambar Kuning yang ni sedang mengeram telurnya di pohon akasia di ladang.
Cerita tentang burung helang, sambar kuning, enggang kelingking dan biawak telah ada dalam entry aku yang sebelum ini.


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net