zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Monday, 24-Aug-2009 23:50 Email | Share | | Bookmark
Senja itu ......

 
Waktu senja sememangnya waktu paling dinanti oleh kebanyakan landscape photographer. Biasan cahaya lewat dengan pelbagai warna dari kaki langit selalunya dapat menghasilkan kerja fotografi yang menarik. Kebiasaannya kita akan perasan warna oren atau merah pada kaki langit ..... sebenarnya ada ruang untuk warna biru, hijau dan kuning. Ia bergantung kepada 'wavelenght' spektrum cahaya. Warna biru, hijau dan kemudian kuning itu sangat singkat masanya, hanya beberapa saat sahaja, sebelum berubah kepada warna oren dan merah yang lebih lama, yang kemudiannya jadi gelap. Saya hingga ke hari ini masih gagal merakam saat yang 'itu'.


Gambar ini saya rakam ketika trip ke Sabah .... satu tempat di Kota Kinabalu.


Thursday, 20-Aug-2009 00:20 Email | Share | | Bookmark
Merbuk

Merbuk pegun tak bergerak dalam kwsn berumput.
 
Atas pokok.
View all 4 photos...
Dah terlalu lama aku tak shoot gambor burung. Rasa ketagih lak. Maka , Sang Merbuk yang banyak disekeliling rumah pun menjadi mangsa.



Ini adalah burung Merbuk atau Peaceful dove ( Geopelia striata ) yang banyak terdapat di hampir semua kawasan di negara kita ..... taman, tepi jalan, semak, kampung, kota. Ia selalu kelihatan merayap di atas tanah mencari makanan. Ia akan kaku tidak bergerak bila kita lalu hampir dengannya, tetapi bila terlalu hampir, ia akan segera terbang ke dahan berdekatan. Selalunya terbang berpasangan di kawasan yang sama setiap hari. Kala pagi atau redup petang nyanyiannya akan kedengaran di kawasan tersebut.
Selain burung tekukur, burung ini adalah antara burung yang paling popular dikurung dalam sangkar kerana nyanyiannya. ...... sungguh kasihan.
Dari sudut fotografi unggas, Merbuk adalah antara burung yang paling mudah untuk di rakam. Bukan sahaja kerana ia memang terdapat dengan banyaknya disekeliling kita, tetapi juga kerana sifatnya yang mempunyai tolerasi jarak lari yang hampir dengan manusia berbanding burung jenis lain. Ia biasanya akan pegun bila kita datang menghampiri dengan kamera secara perlahan lahan ..... hanya bila terlalu hampir baru ia akan terbang pergi. Ia juga akan mencari makan dikawasan yang sama setiap hari .... maka umpanlah ia dengan makanan seperti biji bijian yang sangat digemarinya.


Tuesday, 18-Aug-2009 00:14 Email | Share | | Bookmark
Sepetang di Landasan KLIA - LCCT

 
 
 
View all 4 photos...
HPPNK pun dah selesai .... aku kena demam lak. Harap harap bukan H1N1 ..... terlalu banyak orang yang berinteraksi dengan aku sepanjang HPPNK.
MAka bagi merehatkan minda, petang itu aku dan keluarga pergi di hujung landasan kapalterbang berdekatan terminal LCCT. Lepas ketagih shoot senapang Canon aku hala ke udara pula.


Hujung landasan ini sangat strategik untuk rakam imej kapalterbang turun.


Wednesday, 12-Aug-2009 04:57 Email | Share | | Bookmark
Happy besday kat aku!

 
Happy belated besday sebenarnya. Dah naik 35 dah .... banyak rasanya yg aku dah capai, dan byk lagi yang aku nak dan belum capai.

Aku dah hampir seminggu di tapak MITC Melaka, Air Keroh ...... menguruskan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan komponen Pameran Ternakan Hidup. Sesapa yg ada gi HPPNK ni, buleh cari aku di tapak pameran tu.


Gambar ini aku rakam semasa satu ekspedisi ke sistem gua bawah tanah di South Australia.


Tuesday, 4-Aug-2009 00:42 Email | Share | | Bookmark
Lembu Bali

Pasangan Bali
Bali betina
Dalam pedok
View all 6 photos...
Memang dah agak lama aku tak update FP ni ..... terlalu sempit masanya. Boss aku sebenarnya baru sahaja dipindahkan ke JPV Johor. Maka tertinggallah aku sendiri di Putrajaya ni meneruskan tugas tugas yang tak pernah selesai. ....kerja aku ini sepatutnya dibuat oleh 3 orang G44, tetapi hanya aku seorang yang membuat semua tugas tugas tersebut ..... mengurus 13 buah ladang JPV di seluruh negara.
Baru hari ni ada kesempatan untuk update FP ni. Selepas ni mungkin akan jadi sukar kembali sebab ada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di MITC Melaka antara 10/8 hingga 16/8 bulan ni. Sekarang, angkatan kerja dari ladang ladang JPV sedang bertukus lumus menyiapkan tapak pameran.



Balik ke entry ni:
Ini adalah lembu Bali, sejenis lembu yang berasal dari pulau-pulau termasuk Pulau Bali di Indonesia. Ia diternak sebagai lembu pedaging yang terkenal dengan penghasilan daging bermutu , lembut dan tidak berlemak. Lembu ini banya dibawa masuk ke negara kita oleh FELDA untuk diternak dibawah program integrasi dengan ladang kelapa sawit. Ia sangat tahan terhadap penyakit tropika, sememangnya sesuai dengan cuaca tempatan dan boleh hidup dalam keadaan pastura dan foder yang rendah kualitinya.
Lembu ini sangat subur dengan kadar kelahiran melebihi 85%. Berat dewasa jantannya boleh mencapai lebih 400kg dan betinanya melebihi 250kg. Lembu betinanya berwarna coklat kemerahan dengan ciri kaki berstokin putih sementara yang jantannya berwarna hitam.

Jika ada antara kawan kawan FP yang ke Melaka dalam 2 minggu ni .... boleh cari saya di tapak Pameran Ternakan Hidup di MITC sepanjang HPPNK 2009 ni ....... jumpa di sana.


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net