zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 16-Jun-2011 00:43 Email | Share | | Bookmark
Robberfly

 

This is robber flies, an insect from Asilidae family in the insecta kingdom. There is about more than 7,100 described species of Robberfly worldwide.
All robber flies have stout, spiny legs, a dense moustache of bristles on the face (mystax), and 3 simple eyes (ocelli) in a characteristic depression between their two large compound eyes. The mystax helps protect the head and face when the fly encounters prey bent on defense. The antennae are short, 3-segmented, sometimes with a bristle-like structure called an arista.
The weapon for hunting is the short, strong proboscis is used to stab and inject victims with saliva containing neurotoxic and proteolytic enzymes which paralyze and digest the insides; the fly then sucks the liquefied meal through the proboscis. Many species have long, tapering abdomens, sometimes with a sword-like ovipositor. Others are fat-bodied bumblebee mimics. Adult robber flies attack other flies, beetles, butterflies and moths, various bees, ants, dragon and damselflies, Ichneumon wasps, grasshoppers, and some spiders.
Better quality image on my Flickr .. http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Saturday, 28-May-2011 08:23 Email | Share | | Bookmark
Senja dalam dilemma

 

Ada beberapa perkara yang menggangguku kebelakangan ini, yang menyebabkan aku kurang ber FP. Tugas baru nampaknya lebih mencabar, menyebabkan aku kekurangan masa untuk ber FP. Tapi aku akan cuba update dari semasa ke semasa.
Lebih mudah untuk update Flickr dan imejnya lebih berkualiti.... cuma hanya yang berdaftar dgn Flickr je yang boleh komen.
http://www.flickr.com/photos/zulbaning

Cari dan add aku di Facebook ........ zulkifli ishak ....... dari Nilai .... gambar profail, tepi pantai


Wednesday, 11-May-2011 01:46 Email | Share | | Bookmark
Aku bertukar

 
 
Aku baru balik dari outstation dan dapat satu surat terselit di pintu pejabat ..... memaklumkan pertukaran yang akan berlaku. Memang telah lama aku jangkakan. Maka mula minggu depan aku akan meninggalkan Seksyen Ladang yang aku huni sejak 11 tahun lalu .... ke Seksyen Pengesanan dan Penilaian sebagai satu keperluan kenaikan pangkat dari G44 ke G48.
Sedih juga meninggalkan tempat yang banyak mengajar aku tentang alam pekerjaan selama ini. Namun satu tugas yang lebih besar menanti aku di tempat baru yang aku jadikan satu cabaran untuk aku meningkatkan keupayaan diri. Dari menjaga ladang ladang Jabatan , bermula minggu depan aku akan memantau program dan projek JPV di seluruh negara.
Lepas ni mungkin sukar aku nak upload ke FP ..... tengoklah nanti.

Pemandangan senja dari puncak Bukit Larut ........ outstation hari tu.


Wednesday, 4-May-2011 07:21 Email | Share | | Bookmark
Makro dari Kenyir

Labah labah hutan
lagi labah labah hutan
Sorok-sorok
View all 8 photos...

Sorok - sorok ni datang dari lantai hutan. Bereksperimen dengan flash.

Macam biasa....... aku tunggu dekat lampu untuk cari subjek makro. Berduyun duyun datang, walau tak sebanyak ketika di Belum.

Bereksperimen dengan reflection makro.

Imej yang lebih baik dalam flickr aku http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Monday, 2-May-2011 23:30 Email | Share | | Bookmark
Canary Flycatcher - Sambar Kepala Kelabu

 
 

Ini adalah Sambar Kepala Kelabu atau Grey-Headed Canary Flycatcher ( Culicicapa ceylonensis ). Ia adalah burung biasa yang menghuni hutan tanah rendah dan juga perbukitan. Walaubagaimanapun kerana saiznya yang sangat kecil ia tidak mudah dilihat. Ia biasanya terbang pantas mencari makan di kanopi pertengahan hutan. Selalunya kelihatan berpasangan atau berkumpulan kecil. Terdapat dari Pakistan hingga ke Pulau Jawa.
Dari sudut fotografi, kesabaran yang tinggi dan mata yang tajam diperlukan untuk ambil gambarnya. Duduk diam diam dalam hutan dan jika anda bernasib baik ia akan hinggap sebentar dekat dengan anda. Pastikan set kamera anda pada ISO yang setinggi mungkin ..... hutan hujan terlalu gelap untuk ISO yang biasa. Atau bersedia sahaja dengan flash. Tetapi penggunaan flash akan menyebabkan ia cepat terkejut lalu lari. Timbang timbangkan.


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net