zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 29-Apr-2011 00:27 Email | Share | | Bookmark
Ekspedisi Kenyir - sambungan

Bila malam
paku langsuyar
Ada enggang
View all 17 photos...

Keindahan Kenyir paling terserlah waktu senja ..... subjek kayu mati berlatar senja adalah imej klasik bagi kawasan ini.

Banyak pulau pulau kecil ..... aku bereksperimen dengan overexposure

Penghuni pulau pulau ....... yang ni lama memerhati kami. Apalah yang difikirkannya.

Kuang perak mencari makan di lantai hutan

Pokok Mata Ayam ..... sejenis pokok herba. Sangat mujarab untuk ubat sakit tekak.

BW air terjun Muka Sauk

Imej yang lebih baik di Flickr aku http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Tuesday, 26-Apr-2011 01:52 Email | Share | | Bookmark
Ekspedisi Kenyir

Perjalanan bot
hutan hujan
Buah hutan
View all 18 photos...
Belum habis lagi cerita Belum ....... kena gi Kenyir lak. Maka tunda jap cerita Belum ... masuk lak cerita Kenyir.

Kenyir ...... tasik buatan di Negeri Terengganu yang dibina akibat empangan Sungai Kenyir. Ia akhirnya menjadi tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara. Tapi mungkin sedikit masa lagi menjadi kedua terbesar kerana Empangan Bakun yang sedang dibina.

Kenyir merangkumi kawasan seluas 260 km persegi..... mengandungi 340 pulau pulau kecil yang satu ketika dulu adalah puncak puncak bukit hutan hujan.

Ia menjadi rumah kepada pelbagai haiwan dan ikan. Ada ceritanya selepas ini.

Ini antara hasil makro dari Kenyir

Ini pula sang Suria ....... si gajah dari Kenyir

Imej yang lebih baik di flickr http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Friday, 22-Apr-2011 01:22 Email | Share | | Bookmark
Ungka Tangan Putih atau Wa wa

 
 

Ini adalah Ungka Tangan Putih atau White-handed Gibbon ( Hylobates lar ), ..... juga dikenali sebagai Wa wa. Ia terdapat banyak di hutan hujan Malaysia dan negara-negara ke utara daripadanya. Terkenal dengan bunyinya yang bising besahut sahutan. Sesiapa pun yang pernah datang ke hutan hujan Malaysia pasti akan dapat mendengar suaranya walaupun haiwannya tidak kelihatan.
Ia biasanya hidup berkumpulan ..... sepasang dengan dua atau tiga anak yang berbeza umur. Rumahnya adalah kanopi tertinggi hutan hujan di mana ia bergayut dengan cekap dan pantas dari dahan ke dahan. Ia selalunya vegetarian, makan buah dan dedaun tetapi kadang kadang ia makan juga makanan hidup seperti serangga. Ia melahirkan seekor anak pada satu satu masa dan cerai susu pada umur 4 ke 7 bulan .... matang pada umur 6 ke 7 tahun.
Ungka boleh menjadi haiwan kesayangan yang menarik jika dibela sejak dari kecil.... menyebabkan ia sangat popular dalam pasaran gelap. Namun ibunya sangat protective..... maka untuk setiap anak Ungka yang dijual, bermaksud ada banyak lagi ungka lain yang telah terkorban terutama ibunya.


Friday, 15-Apr-2011 00:46 Email | Share | | Bookmark
Perjalanan di Belum-Temenggor - (sambungan)

Gonggok hutan
Cycad di tebing Pulau Batu Putih
Daun hutan
View all 23 photos...

Burung burung memang banyak disekeliling. Masalahnya adalah untuk mengambil gambarnya. Jika aku ada masa yang lama di sini, pasti dapat aku buat.

Ini adalah sira gajah atau tempat gajah menjilat garam. Ada kesan gajah berada di sini beberapa jam sebelum kami. Yang bersepah kat depan tu adalah tahinya.

Ini adalah ungka tangan putih ...... nantikan ceritanya nanti.

Ini dikatakan pokok tertua di sini ..... cycad. Kata guide kami, jenis pokok ini sudah ada sejak dari zaman dinasour lagi.

Masa untuk balik ....... hari terakhir kami. Satu hari nanti kami akan kembali lagi.
" I am coming home, i am coming home. Tell the world i am coming home ............".

"Next trip mana pulak, Baning?", tanya seorang rakan. Aku termenung jap ......" Next trip kita gi Hulunbuir, Inner Mongolia", ....... dan aku masih termenung.

Better image dalam flickr aku http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Wednesday, 13-Apr-2011 02:46 Email | Share | | Bookmark
Perjalanan di Belum - Temenggor

Pagi
Hutan hujan khatulistiwa
Burung pagi
View all 16 photos...

Perjalanan kami di Belum-Temenggor menggunakan jalan air iaitu bot yang dipandu En Suhaimi dan pembantunya. Cara ini kami dapat menjelajah ke kawasan yang lebih jauh dalam kawasan tersebut. Banyak gambar gambar kami ditembak dari dalam bot.

Bila sampai dikawasan yang dijangkakan ada spesis yang kami cari, barulah kami berjalan kaki meredah hutan. Penat, tapi berbaloi.

Ini adalah kelibat anak Kelah di kawasan Kuala Ruoh, antara anak sungai yang mengalir ke Tasik Temenggor yang merupakan sebahagian besar dari kawasan hutan simpan Belum. Rasanya ada beribu ekor anak Kelah di kawasan ini sahaja. Sangat jinak, mungkin kerana ia tidak pernah kenal pancing. Kelah di sini juga dikawal oleh ranger dan diberi makan setiap hari.
Imej Belum yang lebih baik di flickr aku http://www.flickr.com/photos/zulbaning


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net