zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 11-Apr-2011 00:31 Email | Share | | Bookmark
Belatuk Belakang Kuning dari Belum

 
 
 

Sedang kami sibuk merakam gambar Rafflesia muncul pula Belatuk ini di pokok kayu mati berdekatan.
Ini adalah Belatuk Belakang Kuning atau Buff-rumped Woodpecker ( Meiglyptes tristis ). Ia terdapat dikawasan hutan dan juga pinggir hutan. Dikategorikan sebagai terlindung sepenuhnya di Semenanjung.
Kebiasaannya burung ini selalu didengar tapi jarang dilihat. Arasnya mencari makan kebiasaanya di dalam kanopi hutan dan aras pertengahan di kawasan hutan tanah rendah. Maka mereka yang selalu memandang keatas sahaja yang bernasib baik untuk melihatnya. Selalunya ia mudah dilihat ketika sedang mengetuk pokok mati mencari serangga untuk dimakan. Jika ada serangga di dahan itu maka ia akan berada lama, lazimnya cukup masa untuk anda menembak dengan kamera anda sepuas-puasnya. Jika tiada serangga, pastikan anda selalu bersedia dengan kamera kerana ia akan berada di situ sekejap sahaja.


Thursday, 7-Apr-2011 01:09 Email | Share | | Bookmark
Makro dari Belum

was born this way
umpan cahaya
Wolf spider
View all 12 photos...

Belum adalah syurga untuk peminat fotografi makro. Lambakan subjek yang tak terhingga hinggakan tak larat nak menembak.
Kami hanya perlu menunggu sambil berbual berdekatan sumber cahaya seperti lampu bila malam. Bermacam jenis serangga datang hinggap disekeliling lampu ..... pilih je nak shot yang mana.

Buat pertama kali juga aku mencuba makro flash ..... sebelum ini semua hasil imej aku mmg hanya menggunakan cahaya sekeliling. Beli flash jenama Nissin .... murah je dari Shashinki ....... kesannya sama je dengan flash mahal yang kawan kawan aku guna.


Tuesday, 5-Apr-2011 00:41 Email | Share | | Bookmark
Rafflesia cantleyii dan Rafflesia azlanii dari Belum

 
R cantleyii
Dalam Rafflesia
View all 13 photos...

Katanya ada 16 spesis Rafflesia yang pernah direkodkan, 8 daripadanya ada di Malaysia. 3 daripadanya pula boleh dijumpai di Belum. Tumbuhan ini telah lama digunakan oleh pengamal perubatan tradisional Melayu dan Orang Asli sejak dahulu lagi .... walaubagaimanapun, apabila Stamford Raffles menemuinya pada tahun 1818 di Sumatera, tumbuhan ini jadi begitu dikenali diseluruh dunia sebagai bunga terbesar.... lalu dinamai Rafflesia, sempena nama Stamford Raffles.

Rafflesia sangat pelik sebab ia hanya ada bunga. Ia ada kelopak yang besar dan bahagian seksualnya dinamakan diaphragm ditengah tengahnya.

Diaphragm ini pula mempunyai unjuran seperti stigma yang mengeluarkan bau busuk yang menarik kedatangan haiwan seperti lalat untuk hinggap. Lalat yang hinggap akan membawa pergi benih Rafflesia apabila terbang pergi. Agen pendebungaan yang lain termasuk tikus hutan, tupai, semut, anai anai dan juga babi hutan.

Di Belum kami berpeluang menemui 2 jenis Rafflesia ..... R cantleyii dan R azlanii. Satu lagi, R kerii gagal dijumpai. Kata En Suhaimi, Rafflesia mengambil masa 7 tahun untuk kembang dan bila kembang ia hanya kembang 7 hari sahaja.
R azlanii ini pula ditemui di Belum pada tahun 1993 lalu ia dinamakan sempena nama Sultan Perak pada tahun 2003.

Rafflesia hanya tumbuh diatas akar Tetrasigma ....... tidak sama sekali pada akar lain. Akar ini juga pelik kerana ia hanya ada akar....... tiada daun atau batang. Dikatakan benih Rafflesia masuk ke akar ini melalui cara fizikal sebelum ia boleh menjadi parasit dan membesar diatas akar ini.


Thursday, 31-Mar-2011 22:54 Email | Share | | Bookmark
Helang dan Enggang dari Belum

 
 
 
View all 10 photos...
Enggang dan Helang adalah dua spesis burung besar yang memonopoli kawasan Belum - Temenggor. Kami bergerak dengan bot dengan kamera bersedia ditangan mencari subjek.

Ini adalah Helang Siput ( Haliaetus leucogaster ) , spesis helang terbesar di sini. Dia sedang makan ikan rasanya, menyambarnya dari air dan bawa ke dahan pokok mati berhampiran untuk di makan. Helang ini biasanya dijumpai di kawasan pulau dan laut, tetapi nampaknya ia ada begitu jauh dipendalaman.

Ini pula Helang Kangkuk Besar ( Ichthyophaga ichthyaetus ) atau Grey Headed Fish Eagle yang kami temui sekilas di tebing tasik. Ia memang helang kawasan pendalaman yang dikatakan hampir terancam. Merupakan spesis yang dilindungi di Semenanjung dan Sarawak.

Ini adalah satu satunya peluang aku shoot gambar enggang di Belum. Dapatlah Enggang Kelingking ( Anthracocerus albirostris ) atau Oriental Pied Hornbill. Ada lebih 10 spesis enggang di Belum - Temenggor, satu satunya tempat di dunia dengan konsentrasi enggang terbesar. Tapi menurut guide kami, sekarang bukan musimnya. Maka aku terpaksa berpuas hati dengan shot enggang kelingking ini.


Wednesday, 30-Mar-2011 00:30 Email | Share | | Bookmark
Lantern bug dari Belum

 
 
 
View all 6 photos...

Berhampiran dengan kawasan air terjun Kuala Ruoh di dalam kawasan Taman Negeri Belum, En Suhaimi, guide kami ternampak lantern bug sedang leka menghisap manisan daripada pokok hutan.
Ada 2 genus lantern bug, satu adalah genus Fulgura yang terdapat di Amerika Selatan dan Tengah. Satu lagi adalah Pyrops yang terdapat di Asia Tenggara. Ia sememangnya serangga yang unik dan cantik. Dinamakan Lantern bug bukan kerana ia boleh mengeluarkan cahaya seperti 'lantern' ..... malah ia tak boleh mengeluarkan cahaya langsung. Ia di namakan lantern bug kerana warnanya yang memang kontras berbanding dengan persekitarannya membuatkannya mudah kelihatan.
Lantern bug mampunyai rostrum yang panjang pada kepalanya bagi membolehkannya menyedut jus daripada pokok, bunga dan buah hutan. Menurut En Suhaimi , ia selalu kelihatan pada pokok rambutan pacat dan sengkuang hutan.
Yang ini adalah Pyrops candelaria , salah satu daripada 3 variasi Lantern bug yang dikatakan ada di Belum. Ada satu variasi lagi yang aku upload kemudian. Variasi yang ketiga gagal kami temui sepanjang ekspedisi kami.


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net