zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 28-Mar-2011 00:23 Email | Share | | Bookmark
Ekspedisi Belum - Temenggor

 
 
 
View all 7 photos...

"Selamat datang ke hutan hujan", itulah kata kata awal En Suhaimi, guide merangkap boatman kami bila tiba di jeti Belum Rainforest Resort di Pulau Banding. Memang terlalu benar kata katanya sebab hujan mula mencurah turun sepanjang perjalanan kami ke Kem Sungai Enam ..... habis basah segalanya.
Hutan Belum - Temenggor adalah kawasan hutan hujan terpanjang di Semenanjung, terbahagi dua iaitu Temenggor di selatan dan Belum di utara. Keluasannya melebihi 290,000 ha dan didiami pelbagai spesis flora dan fauna yang banyak belum didokumentasikan. Hanya kawasan Belum yang digezetkan sebagai kawasan Taman Negeri sementara Temenggor masih belum lagi.
Dah lama kami mendengar tentang keindahan Belum yang kaya dengan flora dan fauna yang unik ..... menyebabkan kami mengatur ekspedisi ini sejak sekian lama.

Ada yang menyatakan umur hutan di sini adalah melebihi 130 juta tahun, malah ada yang menyatakan umurnya melebihi 170 juta tahun ..... lebih tua dari Hutan Amazon. Antara flora yang unik adalah Rafflesia. Ada tiga jenis di sini. Dalam ekspedisi ini kami hanya dapat merakam 2 jenis..... kami juga beruntung kerana pada masa ini kedua dua jenis rafflesia itu sedang kembang. Banyak lagi tumbuhan lain yang memberikan ketenangan pada diriku sambil menghayati keindahan alam.

Ada beberapa spesis mamalia dan reptilia yang dapat aku shoot dengan Canon aku .... siamang, ungka, memerang, biawak dan sumpah sumpah. Semuanya hanya haiwan yang dijumpai sepanjang perjalanan kami. Kalau kami lebih lama di sana nescaya banyak lagi yang dapat kami rakamkan.

Katanya nama Belum datang dari bunyi belalang besar .... belum! belummm! Tapi sepanjang kami di sana tak pulak aku dengar bunyi belalang tersebut. Hutan ini juga terkenal dengan Lantern bug seperti dalam gambar ini. Ada 3 jenis di sini .... kami hanya dapat shoot dua. Temenggor - Belum sememangnya syurga untuk peminat fotografi makro ..... terlalu banyak subjek, boleh pening memilihnya.

Orang asli di sini daripada suku Jehai. Kebanyakannya mendiami kawasan Tasik dengan medium pengangkutan di air. Tak banyak contact yang kami buat dengan orang asli kecuali dengan penolong guide kami yang juga orang asli.

Walau aku dapat shoot 12 spesis burung di sini sepanjang 3 hari, aku masih belum berpuas hati kerana tujuan utamaku iaitu beberapa spesis enggang di sini tidak kelihatan. Belum musimnya, kata En Suhaimi. Inilah faktor yang akan membuat aku kembali ke Belum. Walau bagaimana pun ada beberapa spesis yang akan aku upload nanti.

Ada beberapa cerita yang nak aku kongsi dengan geng FP ....... garam gajah, santuari kelah, Empangan Temenggor, Kem Sg 6, lebah cermin dan ikan ikan Belum yang diburu oleh boss aku ............ nanti aku upload gambar dan ceritanya satu persatu.


Monday, 21-Mar-2011 03:35 Email | Share | | Bookmark
Baning nak ke Belum

 

Hari tu test skill untuk projek ke Belum. Maka subjek yang ini adalah hasilnya..... anak burung baru menetas. Tapi tak sempat nak cerita panjang ..... banyak kena settle sebab esok nak bertolak ke Belum.
Kawan-kawan , doakan aku selamat. Harap harap dapat shoot gambor flora dan fauna Belum yang aku idam idamkan selama ini.
Nanti bila aku balik aku sambung cerita burung ni ........ dan cerita dari Belum.
Imej lebih baik di flickr http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Sunday, 13-Mar-2011 14:52 Email | Share | | Bookmark
Lembu LID ( Local Indian Dairy )

 
 
 
View all 5 photos...
Cerita kali ini tentang sejenis baka lembu yang semakin pupus di negara kita.

Ini adalah lembu baka Local Indian Dairy atau lebih dikenali dengan nama LID dikalangan penternak dan mereka yang berkecimpung dalam industri ternakan negara. Asalnya ia adalah baka lembu 2 fungsi yang dibawa oleh pendatang dari India apabila mereka berhijrah ke negara kita pada zaman pemerintahan British dahulu. Pada masa itu lembu lembu yang dibawa terdiri dari pelbagai baka pedaging dan tenusu yang gunanya untuk membekal keperluan susu seharian bagi masyarakat India yang berhijrah tersebut. Lama kelamaan , akibat daripada inbreeding atau pembiak bakaan tertutup yang berlaku sekian lama, terhasillah satu baka dengan ciri ciri tersendiri yang kemudiannya dinamakan LID.
Apabila zaman berubah, lembu ini tidak lagi digunakan sebagai pembekal susu kerana terdapat lembu lembu baka lain seperti Freisian, Jersey dan Mafriwal yang mampu membekalkan susu yang lebih banyak. Maka baka ini terhad sebagai baka lembu pedaging sahaja. Sekarang, apabila baka baka lembu pedaging yang lebih besar dan dapat dibawa masuk dengan mudah dari luar seperti Brahman dan baka kacukan lain, lembu ini terus dilupakan.
Lembu ini sekarang terdapat di ladang Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Cermin Kiri dan Jerantut. Ada juga penternak penternak kecilan di beberapa negeri yang masih menyimpannya. Selain itu, sangat sukar untuk melihat baka ini lagi di mana mana. Lembu ini mempunyai kelebihan tahan terhadap cuaca, makanan dan penyakit tempatan berbanding lembu yang diimport. Ia juga mempunyai sifat keibuan yang baik dan kerana susunya lebih banyak berbanding lembu baka pedaging lain, anak anak lembu ini mempunyai mortaliti yang rendah.
Walaupun begitu, sekarang ini sememangnya tidak ramai penternak yeng berminat dengan baka ini. Jika tidak dilindungi genetiknya dan jika tidak dibiakkan lagi, negara kita akan kehilangan satu lagi warisan.


Thursday, 10-Mar-2011 00:52 Email | Share | | Bookmark
Merayap cari subjek

 
 
 
View all 4 photos...

Hari tu terserempak dengan burung ciak ni dalam pedok rumput guinea. Kebetulan kamera ada di tangan, seperti selalu. Terus aku tembak.
Cerita tentang burung ni ada dalam keluaran lepas.

Selang beberapa hari pulak jumpa dengan rajaudang biru ni tengah bertenggek di dalam hutan paya bakau. Macam biasa, dengan kamera ditangan, aku tembak juga ia.
Cerita burung ni pun ada dalam keluaran lepas lepas

Masa outstation hari tu jumpa lak dengan sesumpah ni .... nun jauh di hujung dahan. Spesis yang ni dah lama aku cari, tapi tak pernah dapat dekat. Dalam sekelip mata ia hilang. Tak pe .... kita kan ketemu lagi.
Cerita makhluk ni belum ada lagi.

Ini pula lembu Brahman jantan yang kami bawa dari Australia tahun lepas untuk dibiakkan di PTH Ulu Lepar. Nampaknya ia dapat beradaptasi dengan baik di sini. Harap projek ini berjaya sebab memang bukan senang untuk kami memulakannya dulu.
Macam biasa, kamera ada di tangan ........ tapi lepas tu kamera aku buat hal. Tersentak gak aku ..... rupa rupanya lens aku yang jahanam. Memang patut pun sebab cara heavy duty aku menggunakannya. dan duduklah lens kesayangan aku tu di kedai Canon KLCC untuk dihantar repair ...... sampai hari ni tak siap lagi. Arhhhhh! tension .... esok nak balik kampung sempena cuti sekolah. Terbayang subjek subjek di kampung. Ada lak projek gi Bukit Merah.
Harapnya siap bila aku dah balik dari kampung ..... sebab lepas tu ada projek masuk ke Hutan Belum. Bayangkan Baning masuk ke Belum tanpa lens kesayangannya ..................... tidakkkkkk!
Kawan kawan ....... tulunglah Baning
Imej lebih baik di flickr ...
http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Monday, 7-Mar-2011 01:23 Email | Share | | Bookmark
Dark Blue Tiger

 

Peminat rama rama memanggilnya Dark Blue Tiger atau [/i]Tirumala septentrionis[i].
Ia mudah dikenali dengan sayapnya yang mempunyai corak warna biru diatas latar hitam. Merupakan rama rama yang biasa kelihatan dipinggir hutan terutama di kawasan yang ada sinaran cahaya matahari yang sampai ke lantai hutan. Juga terdapat di kawasan padang terbuka terutama yang mempunyai banyak bunga berbau seperti bunga tahi ayam atau Lantana. Ia membiak sepanjang tahun.
Dari sudut fotografi......... tunggu sahaja di pokok yg ada byk bunga terutama yang berbau dan bewarna terang macam Lantana. Tengok nasib, kadang kadang pelbagai jenis rama rama akan singgah. Ataupun guna taktik umpan urin .... yang tu, korang fikirlah sendiri.... tetapi teknik umpan urin lebih berkesan dikawasan sungai dan hutan yang redup.


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net