zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 4-Mar-2011 00:43 Email | Share | | Bookmark
Merak Hijau

 
 
 
View all 6 photos...
Aku memang tak suka merakam gambar unggas dalam kurungan, tetapi nampaknya buat masa ini, di dalam kurungan sahajalah aku dapat merakam gambar makhluk Tuhan yang hampir pupus ini.

Ini adalah Merak Hijau atau Javanese Green Peafowl ( Pavo muticus muticus ) yang dikatakan telah pupus dalam hutan kita sejak tahun 60 an lagi. Ia adalah satu satunya spesis merak yang ada di hutan hutan Terengganu, Pahang, Perak dan Johor satu ketika dulu. Sekarang ia hanya terdapat di Pulau Jawa, itupun pun ia berada di ambang kepupusan.
Ia dikatakan terdapat pada kawasan hutan berbukit antara attitud 3,000 hingga 4,000 kaki. Makan buahan dan bijian hutan serta bunga hutan, termasuklah serangga seperti cengkerik dan belalang. Menurut pakar merak hijau yang saya jumpa, musim membiaknya adalah antara November hingga Mei.
Merak ini sekarang dibiakkan oleh seorang pakar di Ajil, Terengganu. Ia dibiakkan atas penyeliaan Perhilitan, dan apabila telah matang akan dilepaskan di kawasan hutan terpilih oleh Perhilitan.
Aku akan menunggu harinya, bila aku boleh merakam gambar merak ini dalam keadaan liar dengan lensa Canon aku.
Imej yang lebih baik di flickr aku
http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Tuesday, 1-Mar-2011 01:14 Email | Share | | Bookmark
Belibis

 
 
 
View all 7 photos...

Ini adalah Itik Belibis atau Lesser Treeduck (Dendrocygna javanica). Ia merupakan itik liar yang terdapat dikawasan berair di hutan, sungai dan paya. Kadang kadang ia terdapat juga dikawasan sawah dan lombong tinggal dan dalam kes ini di kolam minum dalam pedok di ladang JPV.

Ada banyak jenis itik liar di Malaysia selain belibis ..... serati hutan, teal, garganey, cotton pygmy goose dan grebe. Semuanya dalam kategori 'dilindungi sepenuhnya' oleh Perhilitan. Kebanyakan itik yang lain jarang jarang kita lihat. Mungkin kerana sifatnya yang menjauhi manusia dan mungkin juga telah hampir pupus. Itik yang dalam gambar ini bukan belibis, tetapi seakan belibis.



Belibis biasanya terdapat berkumpulan yang selalunya bergerak secara senyap. Ia boleh bersarang di pokok pokok dan juga boleh didapai bersarang di atas tanah di kawasan hutan bersemak yang berdekatan dengan air.
Di ladang JPV belibis lazimnya terdapat di kawasan kolam yang terlindung atau yang banyak tumbuhan di pinggirnya. Selagi tiada yang mengganggu , kumpulan belibis itu akan berada lama di situ.
Dari sudut fotografi, mudah sahaja untuk mengambil gambarnya. Jika anda mendekatinya dengan berhati hati ia tidak akan lari. Malah ia akan memegunkan diri, seolah olah ia halimunan. Tapi jangan sampai ia terganggu, ia akan terbang pergi dan makan masa yang lama untuk ia kembali semula di tempat itu.

gambar lebih berkualiti di Flickr
http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Thursday, 24-Feb-2011 01:16 Email | Share | | Bookmark
Si Camar

 
Pagi tadi dengar lagu Cinta Si Camar Putih dari radio ..... buka folder gambar, jumpa lak burung ni.

Ini adalah si burung Camar dari family Laridae ..... bersaudara dengan burung tern dan bersepupu dengan burung auk dan skimmers. Burung ini datang dengan pelbagai saiz, dari sekecil Little Gull seberat 120g hinggalah sebesar Great Black-backed Gull yang mencapai berat lebih 1.70 kg.
Ia adalah burung migrant. Datang berehat di negara kita dari Asia Tengah bila tempat itu berada dalam musim sejuk. Selalunya pada lewat Oktober. Walaupun begitu ia jarang jarang kelihatan. Kalau ada pun dalam kumpulan yang kecil di kawasan bakau dan pantai sebelah Perak, Penang dan Kedah. Ia jarang jarang terbang jauh ke tengah laut. Ia bertenggek dengan bisingnya di kawasan pantai atau terapung di permukaan laut dalam kumpulannya.
Ia adalah karnivor yang memakan benda hidup. Lazimnya apa apa yang merayap di pantai seperti ketam dan ikan ikan kecil. Ia mempunyai rahang yang longgar yang membolehkannya menelan mangsa yang besar seperti ikan besar dan tapak sulaiman.
Dalam kumpulannya, burung ini terkenal dengan sifat ' mobbing behaviour' ..... di mana mereka ada sikap melindungi, iaitu menyerang pemangsa atau apa apa yang disyaki pemangsa secara beramai ramai. Maka hati hati bila nak amik gambarnya, takut dipatuk mata!


Monday, 21-Feb-2011 01:00 Email | Share | | Bookmark
Rodeo Malaysia - MAHA International 2010 bahagian 2

 
 
 
View all 13 photos...

Rodeo kali ini penunggangnya datang dari Australia yang bernaung dibawah Australian Bushmen Campdraft and Rodeo Association. Mereka semuanya adalah penunggang profesional yang bersaing dalam liga rodeo Australia. Ada antara mereka adalah juara dan bekas juara dalam kategori masing masing.


Sepanjang pertunjukkan ada berlaku beberapa insiden kecederaan hinggakan ada yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Serdang berdekatan. Namun penunggang penunggang ini memang profesional dan bersemangat waja. Baru keluar hospital, esoknya mula menunggang lagi.


Rasanya MAHA 2010 adalah MAHA terakhir yang aku uruskan ...... portfolio baru pastinya tidak akan melibatkan MAHA lagi. Setelah menguruskan Pameran Ternakan Hidup sejak MAHA 2006 dan Rodeo pada 2008-10, rasanya sudah cukuplah sumbangan yang aku berikan. Tiba masa generasi baru pula menyumbangkan idea dan tenaga bagi menjayakan MAHA 2012 nanti.


Thursday, 17-Feb-2011 00:33 Email | Share | | Bookmark
Rodeo Malaysia - MAHA International 2010

Pengacara majlis
Barisan penunggang rodeo dari Australia
Bersedia
View all 14 photos...
Ramai yang bertanya aku, mana dia gambar gambar MAHA 2010 ....... ni lah dia. Setelah lebih sebulan bertapa dalam CF card kamera aku.

Setelah bersusah payah, maka dapatlah juga aku dan kawan kawan menjadikan acara Rodeo sempena MAHA International 2010 suatu realiti. Bukan senang sebenarnya ...... tapi tidaklah sesukar bila mula mula dibuat semasa MAHA 2008 dulu, sebab kebanyakan infra, peralatan dan ternakan telah sedia ada.

Ramai juga bertanya, ... kenapa Rodeo? Sebenarnya ia sebagai daya penarik untuk orang ramai datang ke MAHA 2010..... ada yang sanggup datang dari jauh semata mata kerana acara ini. Mungkin di masa akan datang, kami akan bawa acara matador pulak..... tak pun sukan tempatan yang berkaitan dengan haiwan, hmmmm.... apa ye?

Next change ,....... acara menunggang lembu dan kuda!

Untuk imej lebih berkualiti ..... http://www.flickr.com/photos/zulbaning


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net