zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 14-Feb-2011 05:26 Email | Share | | Bookmark
Penghuni semak

 
 
 
View all 4 photos...

Lama aku tak buat makro .... jadi hari tu gi masuk semak , lepas gian tembak makro.

Tadi aku bertembung dengan boss di koridor ofis ..... " Zul, nama u dalam senarai tukar lah", katanya. Aku tak terkejut pun, dah sampai masanya untuk aku bertukar setelah 11 tahun aku berbakti di Sekyen Pembangunan Sumber Genetik atau lebih dikenali dengan nama Unit Ladang dalam JPV. Maka bersiaplah aku dari segi mental untuk ketempat baru, yang entah di mana nanti.


Monday, 7-Feb-2011 00:24 Email | Share | | Bookmark
Burung Ciak

 
 
 

Ini adalah Burung Ciak atau dikenali sebagai Pipit Pinang di sesetengah tempat. Nama inggeris nya adalah Scaly-breasted Munia ( Lonchura punctulata ), munia yang paling biasa kelihatan di kawasan belukar, kampung, tepi jalan yang mempunyai rumput panjang khususnya. Burung yang ini menjadikan pokok pinang didepan rumah mertua aku sebagai sarangnya. Lazimnya akan ada lebih dari dua keluarga burung membuat sarang disebatang pokok serentak. Sarangnya pula dibuat daripada rumput kering dan kelihatan tidak kemas.
Burung ini terbang berkumpulan mencari makan di celah celah rumput panjang. Namun apabila tiba musim membiak ia akan terbang berpasangan. Diet utamanya adalah benih benih halus rumput. Sebab itu ia paling banyak kelihatan dikawasan belukar yang mempunyai banyak rumput berbunga.
Burung ini terdapat di dari India hingga ke Taiwan dan Filipina, termasuklah negara kita dan Singapura.
Dari sudut fotografi pula, agak sukar untuk mendekatinya kerana sifatnya yang akan lari bila ada kelibat manusia. Maka .......... tunggu sahaja dekat sarangnya.


Monday, 31-Jan-2011 08:00 Email | Share | | Bookmark
Murai kampung

 
 
 
View all 5 photos...
Masa aku upload gambar ni, sang murai tengah galak berbunyi diluar jendela.
Ini adalah si Murai kampung atau Magpie Robin ( Copyschus saularis). Ia merupakan burung paling bising yang biasa terdapat hampir dimana sahaja kawasan taman dan belukar di negara kita. Lazimnya kelihatan di atas tanah dengan ekor yang tegak mencari makanan seperti cacing dan serangga. Juga dikenali sebagai Murai cacing disesetengah tempat.
Ia boleh menjadi jinak walaupun tidak boleh dipegang. Sering bersarang di tempat seperti pokok, lubang dan juga pasu bunga yang kadang kadang terlalu hampir dengan kediaman manusia.


Thursday, 6-Jan-2011 02:09 Email | Share | | Bookmark
Kelicap Kuning

 
 
 

Ini adalah Brown Throated Sunbird atau Anthreptes malacensis atau nama melayunya Kelicap kuning. Ada banyak jenis Sunbird atau Kelicap ini di negara kita, dengan pelbagai warna dan habitat.
Yang ini biasa terdapat di pinggir hutan, kampung kampung malah disesetengah kawasan taman bandar. Menghuni kawasan dari Thailand dan Semenanjung hingga Sinapura. Burung ini aktif sepanjang siang dikawasan dimana banyak pokok berbunga terutamanya lewat pagi bila embun pokok dah kering. Pokok dengan bunga yang terang memang menjadi tarikan kepadanya. Ia akan makan nektar dari bunga pokok dengan paruhnya yang agak melengkung itu.
Mungkin ada yang terbayang tentang imej burung kelicap yang kecil dengan sayap yang ligat menghisap madu dari bunga ........ itu pun kelicap juga, tapi spesis yang berbeza. Kelicap yang ini tidak sepantas kelicap itu. Yang ini lebih suka duduk bertenggek di dahan pokok yang redup dan membuat bunyi nyaring. Maka ia lebih mudah dirakam dengan kamera. Juga kerana sifatnya yang akan melawat pokok yang sama setiap pagi, dengan syarat pokok itu rajin berbunga.


Tuesday, 4-Jan-2011 01:14 Email | Share | | Bookmark
Striped Albatross

 
 
 
Lama dah aku tak update ...... tak lah sibuk dgn kerja lepas MAHA ni. Cuma sibuk dengan keluarga ...... balik kampung, bercuti, urus anak anak nak masuk sekolah dan macam macam lagi. Gambar masa MAHA pun tak sempat nak upload dari kamera ke komputer.

Ini adalah Striped Albatross atau Appias libythea ....... rama rama putih yang paling biasa terdapat disekeliling kita ..... taman, halaman rumah yang mempunyai pokok bunga tak kira di bandar atau di kampung. Rama rama yang ini selalu bertelur di pokok limau yang aku tanam dibelakang rumah. Ia bertelur secara berterusan sepanjang tahun, bukan bermusim seperti kebanyakan rama rama lain. Pada mulanya rajin juga aku buang ulat rama rama ini sebab nak menyelamatkan daun pokok limau. Tapi lama kelamaan aku dapati ianya ada sifat tidak memakan habis daun limau tersebut, maka sekarang aku biarkan saja ia bertelur dan makan seadanya di pokok tersebut.
Ok ......... entah bila aku boleh update lagi. Aku akan cuba update bila ada peluang lagi.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net