zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 16-Nov-2010 01:57 Email | Share | | Bookmark
Mengkarung lapar

Makan tengah hari


Agak lama aku tak amik gambor ....... kamera kesayangan aku duduk wad. Lama gak nak siap.
Sibuk dgn MAHA International 2010 ....... macam biasa: Pameran Ternakan Hidup dan Rodeo jadi bahan kesibukan aku. Dah mula kerja di tapak Serdang sejak sebulan lepas.
Korang dijemput datang ke MAHA International 2010 dari 26 Nov 2010 hingga 6 Disember 2010. Aku akan berada di sana sepanjang masa pada tarikh tersebut ........ peluang untuk tengok Rodeo yang kali kedua dibawa ke Malaysia. Jangan lupa bawa kamera dan lens panjang korang. ....... cari aku di tapak Ternakan Hidup atau Rodeo, kita boleh shoot bersama.


Thursday, 14-Oct-2010 00:21 Email | Share | | Bookmark
Tupai Pokok

Pagi itu di kebun ....
banyak nyamuk
Ada belatuk .......
View all 11 photos...
Agak sibuk dengan MAHA 2010 sekarang.

Hari tu masa keluar shoot di kebun, aku dapati banyak tupai berkeliaran. Macam pesta tupai pulak. Mana tak nya ...... tuan kebun langsung tak harvest buah dokongnya. Mungkin sebab gred buah yang rendah. Maka keluarga tupailah yang punya rezeki.

Ini adalah Callosciurus notatus atau Tupai Pokok. Ada 13 lagi spesis tupai yang menjadikan pokok sebagai medium kehidupannya di negara kita. Yang ini terdapat di Semenanjung, Sumatera, Jawa dan Borneo. Ia adalah antara tupai yang biasa kelihatan di kawasan pinggir desa terutama di kawasan dusun dan kebun. Ia makan buah buahan dan kekacang serta dedaun, maka bila musim buah ia akan paling banyak kelihatan.... malah dianggap perosak , lalu ditembak.
Tupai adalah sejanis rodent iaitu satu keluarga dengan tikus. Cuba kita fikirkan, kenapa kita geli dan marah dengan tikus tetapi kita mempunyai persepsi yang lain dengan tupai. Macam racist lak ..... tak suka dengan satu satu bangsa tetapi suka lak dengan bangsa yang lain. Fikir fikirkan.
Ada banyak jenis tupai lagi yang mendiami kawasan tanah dan juga kanopi pokok yang lebih tinggi. Tapi tu cerita lain.
Dari sudut fotografi , shoot tupai ni sangat senang. Mungkin sebab ia tak takut pada orang. Tunggu dan jangan bergerak. Ia pasti datang meninjau .... mungkin kerana sifat ingin tahunya. Cuma kena tahan serangan nyamuk!
( ....... kena gi tapak MAHA. Ada kerja ....... lain kali aku sambung)


Monday, 4-Oct-2010 00:22 Email | Share | | Bookmark
Mayfly

 

Mayfly adalah sejenis serangga yang menarik ....... ia ada ciri ciri unik yang tidak ada pada serangga lain. Mayfly dewasa ada sayap depan yang besar dan sayap belakang yang kecil dan kadang kadang tidak ada. Setiap sayap ada jaringan salur darah dan bila ia berehat, sayap akan dilipat seperti rama rama. Ia ada mata kumpuan yang besar dan antena kecil. Mulut mayfly dewasa adalah tidak berfungsi kerana ia tidak boleh makan. Ia hanya berfungsi untuk menelan udara hinggakan perutnya mengelembung macam belon agar memudahkan ia terapung lama diudara untuk mengawan. Ada lebih 1000 spesis tetapi tidak banyak kajian tentang serangga ini.
Mayfly betina bertelur di kawasan berair. Ada juga yang menjatuhkan telurnya ke dalam air sambil terbang. Telur itu ada struktur yang mebolehkan ianya melekat pada tumbuhan air atau batu. Seekor Mayfly betina boleh menghasilkan beberapa ribu atau beberapa ratus telur. Nymph yang menetas dari telur adalah akuatik ..... kebanyakan spesis membesar dengan memakan tumbuhan air.
Mayfly yang dewasa adalah seperti di dalam gambar. Ia hidup hanya untuk membiak .... rasanya ramai manusia yang nak jadi macam tu. Nymph akan bertukar menjadi dewasa secara serentak .... menjadikan jumlahnya beribu ribu. Mayfly ini akan terbang berkawan dan berlakulah pemilihan pasangan. Setelah pasangan dipilih , pasangan akan meninggalkan kawanan untuk membiak. Mayfly jantan akan mati setelah kopulasi, yang betina pula akan mati setelah bertelur.
Gambar yang ini aku shoot di kawasan tasik di satu kawasan tanah tinggi di Taiwan. Menurut orang di sana, waktu Mayfly menetas adalah waktu yang paling sesuai memancing kerana ikan akan lebih kerap makan umpan. Mayfly yang ini nampak keseorangan ..... mungkin ia menunggu masa untuk mati setelah menjalankan peranannya menyambung kronologi ekosistem alam.

Imej yg lebih baik dalam flickr aku
http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Monday, 20-Sep-2010 00:00 Email | Share | | Bookmark
Cicak Tokei atau Cicak Geruk yang malang

Cicak tokei
Hutan buluh yang dijangka menjadi kediaman si cicak
Mengikut pemburu handalan
View all 13 photos...
Hari itu bila aku balik beraya di Grik, aku dapati ramai pemuda di sana ada satu kegilaan yang terbaru ....... menangkap Cicak Tokei. Khabarnya ada peraih yang datang membeli spesis cicak itu dengan harga yang mahal .... ceritanya, ada yang mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan saiz dan berat cicak itu. Mula aku tak percaya, ...... pada aku cicak Tokei tu bukanlah haiwan yang susah nak ditangkap, takkanlah harganya boleh jadi begitu mahal. Namun setelah begitu ramai orang yang bersungguh, aku pun jadi tertarik. Maka aku pun mengikut seorang pemburu cicak Tokei handalan yang hanya mahu dikenali sebagai Rey (bukan nama sebenar) ke dalam hutan mencari si cicak yang mahal tu.

Cicak Tokei.
Bagi korang yang tak tahu siapa itu Cicak Tokei .... inilah sedikit maklumat. Ia adalah Tokay atau nama saintifiknya Gekko gecko ....... cicak hutan yang besar terdapat di Asia Tenggara. Cicak ini memang menarik warnanya .... mempunyai bintik bintik oren atau merah dibadannya dengan kepala yang besar. Pada musim mengawan, si jantan akan membuat bunyi bising .... tock-keh! tock-keh! ( asal usul namanya). Ia bersifat teritorial , tetapi kadang kadang hidup dalam kumpulan yang kecil yang terdiri daripada jantan , si betina dan beberapa ekor anak kecil. Ia adalah haiwan malam yang memburu serangga besar seperti kumbang dan anai anai ..... kadang kadang haiwan lain yang muat mulutnya juga di makan. Ia lazimnya ia bersarang di dalam lubang atau rekahan pokok pada waktu siang. Ia bertelur sebanyak 2 biji (kadang kadang 3 biji) yang dilekatkan ditempat keras, selalunya di tempat ia bersarang.

Memburu Tokei
Maka aku pun mengikut Rey kedalam hutan di Grik mencari Si Tokei. Menurut Rey, sekarang adalah masa cicak itu bertelur. Dia sendiri ada menangkap cicak yang sedang menjaga telurnya. Kata Rey lagi, cicak itu agak merbahaya kerana ia berbisa. Menurutnya ada orang yang terpaksa dipotong tangan kerana bisa gigitan cicak itu. Ada dua ekor yang sudah ditangkapnya dan disimpan sementara menunggu pembeli datang. Tapi nampaknya ia bukanlah cicak Tokei. Kata Rey, di Grik, cicak itu dikenali dengan nama Cicak Geruk.
Dipendekkan cerita, di lokasi pertama tiada kelibat cicak itu kelihatan. Menurut Rey, jika ada cicak di situ, kami pasti dah boleh mendengar bunyinya. Maka kami pun pergi ke lokasi yang lain. Kenalah aku mengikut dia mendaki bukit untuk ke lokasi yang kedua. Kembang kempis lubang hidung aku kerana mendaki bukit ..... barulah kau sedar tentang stamina aku yang semakin teruk, (kerja opis beb!). Rey dengan selambanya berkata dia setiap hari lalu jalan tu untuk ke kebun. Dengan susah payahnya, .... rasanya ibu jari kaki pun dah boleh muat dalam lubang hidung aku...... maka sampailah kami di lokasi yang didakwa oleh pemburu handalan itu, ada cicak bersarang.
Rey menunjukkan sebatang buluh tinggi yang ada lubang. Katanya mungkin ada Tokei atau Geruk di dalam lubang itu. Maka bermulalah proses menangkap cicak. Mula mula lubang itu ditutup agar cicak tak lari keluar. Lalu buluh ditebang dan dibawa ke kawasan terbuka. Akhirnya buluh dibelah sedikit ...... tepat sekali jangkaan Rey. Memang ada cicak di dalamnya ...... tapi ianya si Geruk, bukan si Tokei. Dan si Geruk malang pun dijerut sebelum di masukkan ke dalam bekas.
Dalam perjalanan pulang Rey menunjukkan sebatang pohon tinggi yang menurutnya ada seoarang rakan baru memanjatnya untuk menangkap si Tokei .... punyalah tinggi pokok tu. Tak dapat aku bayangkan bagaimana nak memburu cicak diatasnya.

Cicak Geruk.
Ini adalah cicak yang seakan akan Tokei .... tetapi ia tidak mempunyai bintik oren atau merah, sebaliknya mempunyai bintik bintik putih. Kepalanya lebih kecil dan matanya berwarna hijau. Mengikut buku, ia adalah Forest Gecko atau Gekko smithi. Ia terdapat di selatan Thailand, melalui Semenanjung ke Indonesia hinggalah ke Pulau Andaman. Ia mempunyai tabiat yang sama dengan Tokei , cuma bunyinya berbeza iaitu .... geruk! geruk! ( asal usul namanya)
Menurut Rey, Geruk mempunyai harga yang lebih rendah berbanding Tokei. Tetapi masih boleh dijual kerana pembeli yang datang itu juga membeli Geruk yang beratnya lebih daripada 300g. Aku tertanya tanya juga , tentang pasaran Geruk atau Tokei ini. Kemanakah ianya dijual ? ....... pasaran haiwan perliharaan atau di buat ubat? Entahlah. Orang sekarang, terutama orang bandar punya banyak hobi yang pelik. Di pet shop di KL pun aku lihat banyak yang menjual Leopard atau Zebra Gecko ... tapi tu spesis yang diimport. Tak pernah lagi aku jumpa pet shop yang jual Geruk.
Apakah nasib si Geruk yang ditangkap Rey itu ..... mungkin ia jadi haiwan peliharaan seseorang, mungkin ia terkorban atas nama sains dan dibuat ubat HIV, mungkin ia diseludup ke Amerika atau mungkinkah ia berjaya melarikan diri.
Aku tinggalkan korang dengan kata kata Pak Teh ... " Dulu kalau Geruk masuk rumah, orang buat kenduri tolak bala. Sekarang kalau Geruk masuk rumah, orang buat kenduri kesyukuran sebab buleh jual Geruk tu".

Imej lain ada dalam flickr aku:
http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Tuesday, 7-Sep-2010 23:38 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 
Selamat hari raya aidilfitri kepada semua kawan kawan yang sudi menjenguk ke sini. Terima kasih atas sokongan anda semua selama hari ini.
Terima kasih atas komen dan pandangan yang anda berikan.
Kepada yang balik kampung, hati hatilah di jalan raya.
Maaf zahir dan batin dari saya sekiranya ada salah dan silap sepanjang persahabatan kita.
Jumpa balik lepas raya .......... salam.


Gambar ini aku shot di bandar Kaohshiung, Taiwan. Ada sebuah masjid di sebelah kedai makan orang Indonesia yang aku singgah untuk makan malam. Itu sebenarnya lampu pagar masjid tu.


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net