zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Sunday, 5-Sep-2010 23:55 Email | Share | | Bookmark
Taiwan - perjalanan bandar

Perjalanan aku teruskan
Ke bandar besar ... Taipei
Kaohshiung
View all 23 photos...

Perjalanan ku teruskan ke bandar Taipei, Tai-Chung dan Kaohshiung ..... mencari teknologi jentera yang boleh diaplikasikan kepada ladang ladang jabatan dan penternak di negara kita....... juga mencari contact dan idea. Dapat peluang melawat dan berbincang dengan beberapa pengeluar jentera pertanian. Ada yan sesuai untuk kita, ada yang tidak ....... semuanya jauh lebih murah berbanding apa yang kita import dari Eropah atau Australia.

Apa yang aku perhatikan di sini adalah, jentera pertanian yang dikeluarkan adalah praktikal dan sesuai dengan kehendak petani atau penternak. Ia kebanyakannya kecil dan murah ..... memang sesuai untuk penternak penternak kecil di negara kita. Implemen yang besar pula kebanyakkannya adalah bersifat multi-tasking .... maka memang berbaloi jika dibeli.
Memang berbaloi aku ke sini .................


Thursday, 2-Sep-2010 00:35 Email | Share | | Bookmark
Perjalanan di Taiwan - perjalanan desa

Hari itu aku ke Taiwan..
Ke kawasan desa.
Juga ke kota.
View all 21 photos...

Setelah sekian lama terperuk di pejabat, aku dapat peluang ke Taiwan hari tu. Buat lawatan ke 3 bandar utamanya dari Kaohshung ke Taipei. Perjalanan jauh terasa dekat dengan sistem pengangkutan awamnya yang cekap dan laju. Keretapinya memang laju, lebih 300 km sejam. Malah teksinya juga laju, jalan sesak pun ia buleh lepas. Internet nya memang antara terlaju yang pernah aku layar.

Banyak juga yang dapat aku pelajari di Taiwan, terutama tentang teknologi pertanian. Aku perhatikan teknologi di sini lebih praktikal dan dibangunkan sendiri oleh rakyatnya. Ia tidak menggunakan bulat bulat teknologi luar yang biasanya terlalu mahal dan 'under-used' (sesuatu yang biasa kita lakukan di Malaysia)


Sepanjang perjalanan di desa, aku dapati petani Taiwan juga nampaknya lebih mempunyai kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan mengawal pencemaran oleh sumber pertanian ..... tidak seperti petani lain di tanah besar China yang pernah aku lihat. Organik farming nampaknya bertambah popular di sini. Tradisi juga begitu di jaga disamping penggunaan teknologi yang praktikal.

Update akan datang - perjalanan bandar

Utk imej lebih berkualiti sila ke flickr aku
http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Thursday, 26-Aug-2010 00:22 Email | Share | | Bookmark
Integrasi Ternakan Lembu Dengan Tanaman Sawit

Dalam ladang sawit
Ibu dan anak
Pagar letrik untuk kawalan ragutan
View all 15 photos...
Hari ni kita bercerita tentang salah satu kerja aku .......... integrasi ternakan lembu dengan tanaman sawit.

Integrasi ternakan lembu dengan kelapa sawit dipraktikkan oleh penternak penternak dibawah seliaan JPV dengan menggunakan konsep PINTAR (Projek INtegrasi Ternakan Ruminan dengan Tanaman Kekal). Ia merupakan satu sistem yang sistematik dengan langkah langkah yang mempunyai garispanduan yang telah ditetapkan. Penternakan di bawah sawit yang tidak mengikut garispanduan tersebut, bukanlah satu projek PINTAR.

Projek integrasi ini dijalankan oleh JPV di 23 buah kawasan diseluruh Semenanjung yang dikenali dengan nama Projek KTS (Kawasan Tumpuan Sasaran) ..... ada yang lebih suka sebut nama Inggerisnya iaitu TAC (Target Animal Concentration).
Ia adalah satu program low input dimana ternakan lembu dibawa masuk ke dalam kawasan sawit untuk memakan rumpai yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan itu. Ini bermakna, jumlah ternakan yang boleh di ternak dalam sesuatu kawasan itu bergantung kepada jumlah rumpai yang ada ..... semakin tua sawit, semakin tinggi dan lebat daunnya, maka semakin kuran cahaya yang sampai ke tanah, maka hasilnya semakin kuranglah jumlah rumpai yang boleh dimakan ternakan. Secara tidak langsung ia juga sebagai agen kawalan rumpai sawit.

Input lain yang perlu digunakan adalah ubat-ubatan, garam jilat, sumber air, tag, kandang mobile dan pagar letrik.

Dalam sistem ini, ternakan menjalani sistem ragutan berpusingan. Ini bermakna ternakan hanya akan kembali ke satu satu tempat yang sama setelah tempat itu kembali mempunyai jumlah kuantiti rumpai yang sesuai untuk diragut. Dalam gambar diatas, menunjukkan ada masalah dalam sistem ragutan kerana ternakan mula makan daun sawit.
Memang ada banyak masalah bila JPV mula mula hendak menjalankan projek ini, namun dengan konsep win-win situation , konsep ini sekarang banyak telah diterima oleh banyak pihak termasuk pengusaha tanaman sawit serta penternak.

Sistem ini apabila dijalankan dengan cekap oleh penternak, bersama kerjasama utuh dari tuan tanah sawit, ia pasti akan membawa keuntungan kepada semua.


Monday, 23-Aug-2010 06:27 Email | Share | | Bookmark
I am back ......... entah kali ke berapa?

 
Ramai yang tanya aku .... dah gi ke mana? FP dah mati ke ? ...... sibuk la beb. Tak berapa mampu nak ber FP sekarang. Sebenarnya pergerakan aku yang dah jadi terbatas ..... dah tak banyak program ke outstation macam selalu.



Labah-labah ni tengah dalam ekspedisi memburu di celah celah kelopak bunga Tujuh Duri bila aku tembak dia dengan Canon aku ...... Canon yang aku ada terfikir nak jual je hari tu.
Entah labah labah jenis apa .... mungkin brader Layman lagi tahu. Yang aku tahu, memang sakit mata nak amik subjek makro macam ni. Kena pulak dengan subjek yang selalu bergerak gerak. Shot yang ini aku amik tanpa tripod, tanpa flash ....... all natural.
Tengoklah .... kalau rajin, dalam dua tiga hari nanti aku update lagi.

Untuk imej lebih berkualiti sila ke flickr aku:
http://www.flickr.com/photos/zulbaning


Tuesday, 25-May-2010 08:26 Email | Share | | Bookmark
Keluarga Pak Belalang

Ada yang mengintai
 
Nampak kelibat
View all 10 photos...
Hari tu masuk ke semak jumpa keluarga Pak Belalang ................

setelah 20 hari baru ni dapat update ........................ lain kali aku bercerita panjang!

Belalang atau Grasshopper .... macam nama English nya hidup di kawasan berumput, mungkin sebab ia akan melompat bila diganggu maka ia di panggil Grasshopper. Ada banyak spesis belalang, yang sama spesis pun kadangkala ada variasi warna. Maka, menurut pakar serangga, antara cara untuk mengenalinya adalah menerusi bunyinya kerana setiap spesis ada bunyi yang berlainan. Ia membuat bunyi dengan menggesekkan kaki belakangnya kepada kepaknya .... bunyi geseran itulah yang mengeluarkan bunyi yang unik untuk setiap spesis belalang.
Belalang bertelur dalam case yang dipanggil egg-pod .... ia ditanam didalam tanah untuk mengelakkan pemangsa. Setiap egg-pod ada 6 hingga 14 telur, bergantung kepada spesis.
Dulu, belalang adalah umpan feveret aku untuk mengail ikan di lombong sebelah rumah nenek. Juga jadi bahan makanan utama untuk anak anak burung yang aku bela. Pernah juga makan belalang kunyit goreng yang ada musimnya sangat banyak ditemui di halaman rumah nenek .... tapi tu dulu. Sekarang rumah nenek dah jadi kawasan bandar, kelibat belalang kunyit pun dah tak nampak.


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net