Want your
own Fotopage?








 
zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 13-Dec-2008 23:13 Email | Share | Bookmark
Ayam Hutan

 
 
 
 
 
 
Setelah beberapa hari bercerita tentang burung kakaktua di luar negara, meh kita bercerita pula tentang sejenis burung yang sangat biasa dan banyak di negara kita.
Ini adalah ayam hutan atau Red Jungle-fowl (Gallus gallus), yang merupakan keturunan asal untuk ayam-ayam jinak di kampung kampung di negara kita. Kerana itu genetik ayam ini sangat penting untuk dikekalkan agar tidak pupus. Terdapat dari India hingga ke Pulau Jawa di Indonesia. Ia sering kelihatan di pinggir kampung, pinggir hutan, ladang-ladang sawit dan kawasan semak bersempadan dengan hutan. Tapi saya juga pernah nampak ayam ini bersarang di kawasan perumahan di Hulu Kelang.
Ayam yang jantan ada bintik putih di kepalanya, kaki kelabu, bulu putih di dasar ekor dan berbadan 'slim' .... ayam kampung yang dah dikacuk dengan ayam hutan pun ada penampilan yang hampir sama cuma lebih besar dan kakinya lebih kuning. Yang betina bewarna gelap dengan jaluran kuning, berkaki hitam dan bersaiz lebih kecil. Ayam hutan boleh terbang lebih tinggi dan mempunyai bunyi kokokan yang lebih pendek berbanding ayam kampung.
Ayam ini sering diburu sebab ramai yang percaya dagingnya lebih sedap dan manis berbanding ayam jinak. Semasa bertugas di PTH Tersat, Kuala Berang, Terengganu dulu memang saya sering juga memburu ayam ni di ladang ( masa tu tengah nak jimat duit beli lauk sebab tengah kumpul duit sebab tengah gatal nak bernikah) ..... pada saya rasanya sama je dengan ayam kampung, tak ada beza. Bila bertugas di PTH Tanah Merah di Kelantan, senapang tu saya tukar dengan kamera. Perburuan burung pun saya haramkan di kawasan ladang ...... menyebabkan populasi ayam ini bertambah dengan drastik di dalam ladang, hingga ada yang datang makan jagung dengan lembu lembu di pedok.
Dari sudut fotografi, jika ayam itu sering melihat manusia yang bukan memburunya, ia biasanya amat mudah di ambil gambornya. Anda cuma perlu menunggu di tempat ia biasa kelihatan di waktu pagi. Ayam ini biasanya akan pergi ke kawasan terbuka untuk mengirai bulunya yang basah disebabkan embun malam. Mungkin anda perlu bersembunyi bagi mengelakkan ayam ini lari ..... mengambil gambor dari dalam kenderaan adalah taktik yang termudah. Atau duduk je bersembunyi dalam semak dan jangan bergerak banyak.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net