Want your
own Fotopage?








 
zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 22-Apr-2009 23:50 Email | Share | Bookmark
Singa Laut Australia di Seal Bay ( Kangaroo Island - Part 3)

Seal Bay
Ibu menyusu
Keluarga Singa Laut
Bersidai
Mandi manda
Anak anak
Ada burung tern
Life guard
Si raja
Remaja pantai
Penguasa pantai
Peronda pantai

Aku ke Seal Bay .... kawasan koloni singa laut ketiga terbesar di Australia. Aku kagum dengan cara mereka menggabungkan konservasi hidupan liar dengan aktiviti pelancongan. Sangat profesional dan cekap.

Ini adalah Australia Fur Sea Lion ( Neophoca cinerea ) ..... antara spesis singa laut yang paling sedikit yang masih hidup di bumi ini .... ada hanya 10,000 - 12,000 yang masih wujud. Boleh ditemui hanya di Western Australia dan South Australia. Yang jantan boleh mancapai berat hingga melebihi 300kg manakala yang betina disekitar 100kg. Memburu sotong, octopus, ikan, jerung kecil, lobster dan kadang kadang burung burung pantai ..... dikawasan pinggir pantai hingga kedalaman laut 300m dalam.
Ancaman kepada singa laut ini adalah jerung putih maut dan yang paling utama adalah pukat nelayan. Dulu ia hampir pupus diburu oleh manusia untuk lemak dan kulitnya.

Walaupun berbadan besar ia sangat pantas di daratan dan air. Semasa musim membiak, yang jantan akan mengawal kawasan 'harem'nya dengan agresif. Anak akan lahir setelah 12 bulan antara bulan Januari hingga Jun.
Di sini saya hanya dibenarkan mendekati koloni ini pada jarak 8 meter. Ada renjer yang mengikut saya dan memberi informasi ..... sabar je lah dia melayan karenah saya dan kamera. Pemberian makanan tidak dibenarkan sama sekali ..... untuk mengelakkan haiwan itu agar tidak bergantung pada manusia.

Nest update: Fairy Penguin Pulau Kanggaru!

Sila silakan ke flickr saya di http://www.flickr.com/photos/zulbaning


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net