Di sini adalah PTH Lenggong yang terletak di Sumpitan, berhampiran Lenggong di Hulu Perak. Ini adalah ladang milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang mengeluarkan ternakan rusa Timor untuk penternak penternak di seluruh negara kita.
Rusa Timorensis berasal dari hutan-hutan di kepulauan Asia Tenggara dan juga dari New Caledonia serta Maldives. Sekarang rusa ini juga di eksport oleh Australia. Ia boleh ditemui di kawasan hutan yang mempunyai kawasan ragutan kerana makanan utamanya adalah rumput dan dedaun hutan. Di hutan, rusa liar keluar makan pada waktu malam, tetapi di ladang ini, tabiat liarnya telah berubah kerana hidup dalam padang ragut yang di bina manusia.
Rusa ini mula membiak pada umur 18 - 24 bulan bagi jantan pada berat 60 - 80 kg. Manakala yang betina pula pada umur 16 - 20 bulan pada berat 45 - 60 kg. Jangkahayat seekor rusa pada sekitar 15 tahun.
Rusa di ladang masih mengamalkan pembiakan bermusim iaitu mula mengawan pada bulan March hingga April. Rusa betina akan bunting selama 260 hari. Kelahiran akan berlaku antara bulan Oktober hingga Disember.
Exist lagi projek Selembu tu ye... kemana marketnya, x pernah pulak dapat merasa.... Patut lah rusa x ample dalam market, mungkin sebab semuanya diexpot je...