Want your
own Fotopage?

























 
zulkifli's FotoPage

By: zulkifli ishak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Jun-2009 00:23 Email | Share | Bookmark
Menghendap Enggang di PTH Tersat

 
 
 
 
 
 
PTH Tersat sememangnya tempat favourite aku untuk shot gambor unggas. Kumpulan enggang ini pun dah lama aku sasarkan tetapi kurang berjaya sebab aku dah jarang datang ke sana. Walaubagaimanapun dengan bantuan seorang rakan maka akhirnya pada trip yang lalu aku berjaya merakam gambor yang ini. Shot ini aku tembak dari celah celah daun daun pokok yang jadi tempat berlindung.

Ini adalah Enggang Kelingking atau Oriental Pied Hornbill ( Anthracoceros albirostris ) yang boleh ditemui dari India ke Sumatera, Jawa dan Borneo. Ia adalah penduduk tetap hutan hujan kita dan dikategorikan sebagai 'Totally Protected' di Semenanjung dan juga Sabah/Sarawak. Selalunya boleh dijumpai dalam kumpulan terutama semasa musim buah di hutan. Ia akan membuat bunyi bising yang boleh dicam oleh orang yang biasa mendengarnya.

Kumpulan Enggang ini juga selalu ditemui di penghujung hutan berdekatan kampung kampung terutama yang ada dusun dan pokok buah. Ia sangat sukakan kawasan penghujung hutan yang juga mempunyai aliran sungai.
Bagi mereka yang selalu bercuti di pulau pulau disekitar Semenanjung dan Borneo, pastinya pernah jumpa Enggang yang ini. Disesetengah pulau percutian seperti Pulau Pangkor, kebanyakan enggang ini sudah menjadi hampir jinak kerana selalu berhubung dengan manusia. Ia akan menghampiri anda bila dihulurkan makanan seperti buah ..... berita baik untuk jurugambar unggas seperti saya, tetapi mengambil gambar secara begitu telah hilang 'thrill' dan kepuasannya.

Sila silakan ke flickr saya di http://www.flickr.com/photos/zulbaning

Betul la kata orang tua2 - Enggang sama enggang Mon 15-Jun-2009 02:26
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
sang enggang enggan bersamaku.. huhu..
//ada la tarikannya.. kena hayati..
Mon 15-Jun-2009 06:05
Posted by:yiyani  - [Link]
pic last tu terbaik la ... dengan bokeh2 blakang kiri kanan gambar Mon 15-Jun-2009 06:14
Posted by:FarEast  - [Link]
imej yang cantik.....kekadang.. buat bunyi yang bising....suka melihat ia terbang dan landing time...menarik Mon 15-Jun-2009 09:08
Posted by:imazam
ada ceter tau orang tempat aku tembak burung ni , cara diam2 buat kari, kasi kawan makan, meloya seharian tau, Tue 16-Jun-2009 03:12
Posted by:badungcamp  - [Link]
saye ade gak pegi pulau pangkor ari tu
mmg burung ni jinak sgt
sy plak yg takot
labah2 kat bawah tu buat proses persenyawaan dgn bunuh psgn die ye?
xtau plak sy
Tue 16-Jun-2009 06:53
Posted by:abby abby_gam3rz@yahoo.com  - [Link]
Alangkah seronoknya jika tuan fotopages ini dapat tangkap gambar tapir pulak. Akan saya buktikan di PTH Tersat ada Tapir. Hahahahha.... Tue 16-Jun-2009 08:13
Posted by:doBot faizulshahril@dobot.com.my  - [Link]
Jenuh jugak nak skodeng,,,,,memang adventure,,,,,

# TI ( Technical Institute - SM Teknik Tunku Abdul Rahman Putra ) sebelah dengan Masjid Negeri Pulau Pinang.....
Tue 16-Jun-2009 14:14
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
enggang oo enggang, suke gambo no. 4 Tue 16-Jun-2009 15:25
Posted by:patung_ling  - [Link]
>> thumbs up...
>> enggang yg dpt saya ambil hanyalah di zoo...
Tue 16-Jun-2009 18:19
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Kena stalk jugak ye enggangs ni.. Bukan theyols high up the trees x pedulikan orang Wed 17-Jun-2009 12:11
Posted by:Layman  - [Link]
hah.. skodeng enggang yeeee.........
kalau x malam ni kami dah bertolak ke pangkor... tp ape blh buat x de rezeki kali ni...
kat pangkor pun banyak enggang... tp x tau la apa jenisnya...
Fri 19-Jun-2009 16:28
Posted by:iezah azizam  - [Link]
tahniah bro, ini baru betul adventure Sat 20-Jun-2009 08:22
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
bes... Sat 20-Jun-2009 11:26
Posted by:min472  - [Link]
pernah juga wat acara menyuruk di celah rimbunan belukar..
akhirnya badanku menjadi laluan sang lipan....aduyai....
Sun 21-Jun-2009 03:34
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
Magnificient blue. Very nice shots Sun 21-Jun-2009 15:46
Posted by:Yati  - [Link]
apsal gambar ko seme makin lawa ... apeka disebabkan lensa dan machine ... yg telah diupgradekan .. what happened to "the good shot is not due to the machine .. but the creativity of self" Mon 22-Jun-2009 02:43
Posted by:dark side manablehbgtau@emailitu.ako.yang.punya.com
baru balik dari pangkor..ternampak burung enggang..tak sangka..ingatkan burung ni hanya kat borneo je...atau kat zoo jer..bila hinggap kat depan mata..aku jadi macam budak kecik tgk gajah depan mata.. Mon 3-Aug-2009 01:44
Posted by:lufizo  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.